bulan ni kite dok dalam bulan Syaaban.. So siapa-siapa yang belum habis ganti puasa tu pederaih kaih bagi perabih.. nanti nak kena bayar fidyah bagai pulak.. Campur dengan Ramadhan 2015 lagi la banyak nak kena ganti..
Nasib la aku dah pederaih ganti..
Bulan Syaaban ni aku tak dan nak buat puasa sunat sebabnya mertua aku da start tenyeh kuih raya buat juai kat pelanggan tetap dia yang tiap2 tahun dok beli kuih kat dia.
Macam tahun lepas pun aku assist mertua aku tenyeh kuih.. Ada la jugak 2-3 orang pembantu dok mai tolong kami ni.. mertua aku p kerja kat skola dia.. cikgu penolong kanan.. balik kerja dia sambung tolong..
tapi tahun ni lain banyak, bukan sikit ey..?? pembantu2 yang tahun lepas dah tak da lagi.. dorang ada yang dah kawen, ada yang p sambung blajaq (master woo tukang buat kuih ni,jgn main2) , dan ada yang MIA (missing in action)..
metua aku ni memang dok pening pikir sapela yang nak tolong sambung bisnes dia ni..?? harapkan aku sorang memang tak boleh laa.. mati aku buat sormg2..
nak jadikan citer rezeki aku dapat kerja kontrak kat sebuah badan pertubuhan organisasi bukan untung banyak (NGO laaa). lepas dah bincang2 dengan Oppa, aku pun direlakan untuk bekerja kat KL.. Berat hati gak sebenarnye, tapi dari aku xda income langsung, baik aku kerja kan??
8 Mei aku diterbiew oleh seorang Datin Paduka dan sorang exec.. 11 Mei aku tros masuk kerja.. lebih kurang 6 bulan aku kerja dengan dorang ni.. bulan 10 nanti aku 'pencen muda' laa.. dah tu je final option yang dorang bagi..??heheheh.
Sebab dorang tak cukup staf, exec tu nak bersalin.. dorang ada handle satu event besar la jugak bulan 10 ni.. event amal kutipan dana. so aku tolong assist2 buat kerja cam sekritariat..
environment ok laa sbb orang tak ramai.. staf dalam opis ada lebih kurang 5 orang jer.. bos2 besaq dok tang opis luar.. lain dari tu cume da 2org pak guard dan 4 orang pekerja Am..
waktu rehat tak konsisten.. ikut suka nak rehat bila2, sebab kerja kadang2 banyak, kadang2 boleh jadi tak ada langsung..
makan kat cafe bawah ni, TETAPI makanan ada bila peserta kursus da kat sini jer.. kalau dorang tak ada, kitorang memang tapaw or xmakan ape2 laa, tu pun order kat orang.. kedai makan jauh woo.. tu yang aku lemah sangat nak jalan kaki ni..
tempat aku tidoq kat asrama staf.. malas aku nak sewa mahal2 sbb asrama aku dok ni free.. lagipun bilik atas opis, senang gila kot aku nak turun p kerja, ley bangun lambat woo.. hehehe
tapi tulaa, tak fully furnished.. tilam aku bawak dari rumah, aku beli almari cam drawer tu RM53 kalau tak silap aku laa.. tupon aku cari kat Temerloh, Kedai 'Happy Home'.. Happy la sangat kannn....!!!!
dapoq xdak tu yang aku malas sangat bila nak kena basuh pekakas kat bilik ayaq.. sinki pon asek tersumbat jer.. sakai sungguh..kat sini aku xangkut laa kazanah2 aku yang kat umah tu..?? aku bawak yang PERLU SAHAJA..
bulan puasa ni aku bawak rice cooker tapi haram tak ley nak pakai.. nak masak apa pun tak tau.. kalau ada multi cooker tu len la kan, ley main campak2 pastu teros siap.. Jadi aku guna rice cooker untuk panaskan lauk je.. Boleh lah nak bersahur..