Sunday, April 26, 2015

MINYAK HABBATUSSAUDA

APA ITU HABBATUSSAUDA..??
Biji Habbatussauda yang halus

Habbatus Sauda' atau dalam bahasa melayunya lebih dikenali dengan nama jintan hitam dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan) (berbelit-belit lidah baca. hehe..) tetapi tidak semua spesis boleh digunakan untuk perubatan. Spesis yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah Nigella Sativa yang mempunyai biji yang lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. SUMBER: blog Farahinlee


Menurut Hadist riwayat Imam Bukhari riwayat dari Aisyah ra. Bahwa ia pernah mendengar Nabi SAW yang dalam sabdanya berbunyi "Sesungguhnya dalam habbatussauda itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali as-sam atau kematian"

Habatussauda mengandung aneka vitamin, mineral, protein nabati, juga asam lemak tak jenuh. Habbatussauda juga mengandung asam lemak esensial yang penting bagi kesehatan kulit, rambut, selaput lendir, pengendalian tekanan darah, produksi hormon dalam tubuh, dll.

Selain kandungan bahan-bahan alami tersebut, habatussausa juga mengandung nigellon, yang termasuk dalam kategori zat anti-oksidan alami, seperti vitamin C dan A. Habatussauda juga mengandung glutathion yang memeilki peran fundamental dalam melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. Sejumlah hasil penelitian yang dipublikasikan baru-baru ini menyatakan bahwa fungsi protektif Nigellon mampu melindungi tubuh dari berbagai bahaya zat-zat asing.


UNSUR-UNSUR KIMIA DALAM HABBATUSSAUDA 

100 gr Habbatus Sauda’ mengandung zat-zat sebagai berikut:

1. 13,19 gr air 6. 6, 2 mg niasin
2. 9,17 gr protein 7. 3,6 gr fiber
3. 9, 12 gr lemak 8. 8,7 gr abu
4. 80,10 mg kalsium 9. 463 kalori
5. 20 mg vitamin A

 SUMBER: Arrahmah website


Terdapat banyak khasiat di dalam Habbatusauda yang perlu kita manfaatkan pengambilannya. Cuma cara menggunakan agak berbeza mengikut penyakit. Minyak Habbatussauda boleh disapu di bahagian sakit atau diminum begitu sahaja mengikut jumlah kuantiti yang sepatutnya.

Terdapat jenis serbuk dan kapsul turut dijual. Boleh diamalkan dengan cara yang bersesuaian.

Kalau nak makan biji terus pun boleh, tapi makan dalam jumlah yang ganjil. Seelok-eloknya 7 biji dikunyah.

Minyak Habbatussauda

Ni yang aku beli kat kedai RM15



CARA PENGAMBILAN HABBATUSSAUDA :

CARA AKU CONSUME

2-3 titik sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Boleh dibancuh bersama madu/air/minum begitu sahaja.

Aku tuang 3 titik dalam air ataupun minum macam tu jer.. Madu tak beli.. Rasa dan bau dia lain sikit tapi aku ok jer,, Bau macam kayu skit, hangit2, nak cakap bau daun pun tak jugak.. Rasa dia not bad, lepas telan kurang la rasa dia.. Bagi yang tak tahan kena minum dengan madu.. Oppa cerewet sebab tu dia senang demam.. 


CARA MERAWAT CANCER

Campuran Habbatus Sauda' dan madu asli (lebih berkesan)
Campurkan 1kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1kg madu asli.
Panaskan selama 15 minit.
Kemudian campurkan 1/2 cawan jus lemon.
Minum bila dah sejuk.

Baca Surah al-Fatihah
Ayat Qursi [2:255]
Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
Surah al-Hasr [59:21-24]
Hembuskan bacaan pada campuran tadi.
Ambil dua sudu teh campuran ini setiap pagi sebelum sarapan.
Amalkan selama 3 minggu atau lebih sepanjang rawatan radiotheraphy/chemotheraphy atau Hembuskan bacaan diatas pada minyak Habbatus Sauda'. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' ini setiap hari.

  
CARA MENCEGAH CANCER

Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji atau 1-3 capsule Habbatus Sauda' setiap hari sebelum sarapan atau Campuran.
Panaskan 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' dalam kuali.
Kemudian campurkan 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus (serbuk pun boleh).
Gaul dengan 1 sudu teh royal jelly then angkat.
Simpan di tempat sejuk.
Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. 
Amalkan selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dosnya kepada 2 kali sehari.

SUMBER : blog Farahinlee



Saturday, April 25, 2015

KHASIAT PATI DELIMA (GULSAN)


Pati delima (Gulsan) RM14, kuantiti 250ml

Pernah minum tak pati delima ni?? Benda ni dah lama sangat, mak aku pun beli jugak.. Tapi aku ni jer belum terbuka pintu hati nak cuba..?? Sebabnya aku kurang ilmu pasal benda ni..??

So bila aku dah kutip banyak info dari google baru la aku start nak consume pati ni.. Rasa dia memang taste akulaa.. Aku suka minum tak sabar nak tunggu waktu pagi dan sebelum tidur malam.. kalau boleh minum ikut suka hati memang aku hentam sampai licin.. Minum macam nyonyot botol susu lak tu..??hahahaha. Emmmm.. tapi Oppa tak berapa suka rasa dia.. Sebab Oppa tak suka makan masam2.. Bagi aku tak masam sangat pun.. 'Manis madu' dia cukup boleh cover masam tu.. Susah nak pujuk Oppa minum secara konsisten..


CARA MINUM :

1 Susu besar sebelum sarapan
1 Sudu besar sebelum tidur

(bagi orang tua kena minum 3x sehari, ni tuan kedai tu pesan kat aku)


KHASIAT PATI DELIMA :

Ada banyak lagi khasiat lain tapi ini jer yang muat dalam note pad aku pun.

Untuk botol kedua aku beli brand (Kavaklider) lain pulak sebab murah RM1 dan kuantiti lebih sikit dari brand Gulsan, which is 350g lebih likat lagi.. Jenis botol sama jer.. Tapi rasa dia tak boleh lawan Gulsan.. Oppa lagi tak suka minum.. So next time kena beli Gulsan semula..


Aku beli RM13, kuantiti 350g


Aku pun ada beli minyak Habbatussauda botol kecik RM15, khasiat memang bagus.. Nanti aku update.



Sunday, April 19, 2015

COMEL DAH BERANAK

Comel ni baru pertama kali beranak. Dia lambat matang.. Kucing lain semua dah potong dia (samala aku pun, member2 aku semua dah potong aku dulu..heheheh)

Petang tu aku ingat nak baring2, rilek2 ke kan, sekali aku dengar bunyi baby nanges.. Aku cepat2 keluar rumah nak p cek.. Rupanya Comel dah beranak.. Dapat 3 ekor, yang sekor tu sampai terkeluar dari sangkar sambil tergantung dengan tali pusat.. Kalau aku tak cepat memang baby boleh mati..

Ni first time aku tengok kucing baru lepas beranak macam ni.. Panic la jugak, sampai berpeluh tak tahu nak mula dari mana.. Call Oppa mintak advise..


Uri pun dok ada lagi

Comel baru nak biasakan diri

Kucing ni kalau baru beranak diorang segan sikit kalau ada orang tengok2.. Sebab tu dia tak hiraukan baby dia ni.. Lepas aku dah tutup sangkar tu dengan kain, aku biarkan dia uruskan baby dia.. Lewat petang sikit aku p cek balik.. Dia dah clearkan baby dia.. Uri semua dia dah telan, baby pun dia dah bersihkan..

So sekarang ni ada lagi 2 ekor ibu bunting tunggu masa nak beranak (Eye dengan Mickey).. Aku dengan Oppa kena sediakan tempat bersalin diorang.. Bekas2 untuk pasir dan baby kena beli lagi 2 set sebab tak cukup..

ROTI NAAN YUMMEYH




Dah lama tak makan kat mamak.. Tiba-tiba lapaq roti naan pulak.. Makan kat sini special sikit sebab dia punya set asing macam ni.. Kuah pun banyak.. Tengah-tengah dok pos entry ni boleh pulak tiba-tiba jadi lapaq yang amat.. Tapi malam ni nak dinner KFC.. So next time jelaa..

Harga tak pasti pulak sebab Oppa yang bayar.. Ni kedai kat Mentakab.. 

Rasa dia sedap jugak.. Puas makan.. Teringat pulak roti naan kt alor star.. Selalu pergi dengan mak and adik2..

Next month balik nak p makan kat sana pulak..hehehe

Wednesday, April 15, 2015

MAGGI CURRY


Aku tiba2 ngidam nak makan maggi kari.. Ajak Oppa p beli sebungkus maggi ni.. Sos pun aku beli gak nak makan sekali dengan maggi ni.. 


Aku tumis bawang, cili, dengan kari.. letak fish cake.. letak air.. letak tomato.. masukkan maggi.. dah kembang sikit bubuh telur sebijik biar separuh masak.. last sekali topping dengan sekeping cheese.. cheese tu kalau tak letak lagi bagus sebab muak sangat.. 

Masa nak makan aku tuang sos tomato sikit.. Memang yummeeyyhhhh.....!!!!

Saturday, April 11, 2015

COUSINS

Ni Aesyah dengan Shasha.. Diorang pergi kuantan kelmarin ni ikut ayah diorang visit orang sakit..
So memandangkan Aesyah ni rapat dengan aku dan Oppa dia nak singgah jugak rumah kitorang kat Temerloh (rumah MIL).. Diorang datang singgah solat dan makan..

Aku sempat jugaklaa layan diorang nii..

Suka dengan camera

Pantang offer nak saja

Macam2 ragam

4th time in Cameron Highlands



KERJA PUNYA HAL
Hari ni adalah kali ke 4 (8-9 April 2015), aku dengan Oppa naik Cameron Highlands. Last time kitorang pergi bulan Febuari 2015. Atas urusan yang sama jugak, iaitu pasal kerja Oppa. Oppa ada site visit dengan Jabatan Alam Sekitar kat sini. Aku pulak??? Saja ikut nak teman Oppa, boleh la release tension sikit kat sini. Dapat sedut pulak udara segar kat sini. Hehehe. Lagi pun Oppa ajak sebab dia datang sini sorang, team dia tak ikut.

SHORTCUT
 Kami betolak dari Temerloh lebih kurang dalam pukul 12pm jugak la lepas Oppa balik dari opis dia. Singgah jerantut dulu sebab Oppa da kerja kat situ. Cek sample air. Lepas tu baru kitorang gerak ke Cameron. Ada kekeliruan sikit mase pergi sana sebabnya tak pernah pergi ikut jalan dari Jerantut. So bila dah sampai kat Lipis, kitorang lencong ikut jalan ke Kota Bharu sbb ada shortcut ke Cameron. Saving sikit masa dan kilometre. Klu tak ikut jalan tu,kami akan patah ke raub balik. Jauh balik.

ANAK KUCING COMEL
Kami sampai kat  sungai koyan lebih kurang pukul 5pm, ada pasar malam. Tapi kami singgah solat jamak dulu kat stesen Petron. Yang tak syoknya, tempat ambil wuduk kat luar. Aku bertuala la nak berwuduk pun. Masa dalam surau tu aku dengar bunyi benda menguis, ingatkn apa rupanya anak kucing. Comel –sihat pulak tu. Memang cantik sangat, bulu dia kembang. Nampak macam baka parsi or munchkin. Aku tak sempat nak main dengan diorang sebab ada umat lain tunggu turn nak solat pulak (surau share lelaki dengan perempuan). Aku ada request kat Oppa nak singgah lagi surau tu sbb nak kidnap sekor. Tapi Oppa tak bagi, sbb baby tu ada ibu.



HOTEL
Sampai sini dalam pukul 7pm. Baru parking nak cari hotel, dah ada orang datang kat pintu kete offer bilik hotel. Orang tu bagi salam, tapi nampak macam bangsa India. Mungkin India muslim kot? Dari harga bilik rm50, Oppa dapat rm40. Oppa cakap bilik besar sbb dia yang pergi tengok. Hati aku berbunga2 la. Last pergi haritu, dapat bilik sempit nak solat pun susah. So kali ni dapat bilik besar sikit sedap laa nak golek. Sekali bila aku check in, Masyaallah...!! tanjat titew tau..??
BILIK:  Bilik macam tak pernah servis. Design, decoration, maintenance semua failed. FYI, bilik ni tak dihidang makanan, minuman, cawan dan yang sewaktunya. Nasib baik kami da soping sikit kat pasar malam dan ada bawak bekal sikit.

CADAR: Bayangkan cadar tak pernah tukar, tarik je selimut tu ada helainan rambut la ada shaver punye cap la, ada habuk laa. Tilam tenggelam kat tengah.  Oppa geram la, dia turun  mintak tukar cadar. Tapi bila diorang nak datang tukar, Oppa offer diri sendiri nak buat. Oppa bawak naik sendiri cadar tu. Kami tukar sama2.

SEJADAH: Sejadah pun sedey jer aku tengok. Macam kutip kat tempat orang derma pakaian.

BILIK MANDI: Bilik mandi apatah lagi kan??dengan tak cuci dinding, cermin dan lantai.

KIBLAT: Yang ni aku was2 sikit, tapi nak buat camne kan?? Tawakal jelaa. Aku tak ada apps solat yang boleh trace kiblat, sbb dah corrupt so aku terpaksa uninstall (citer lama). Internet pun aku tak ada time ni nak cek kiblat. Apa yang buat aku was2, hotel sebelah yang kami penah duduk hari tu, kiblat menghadap tempat lain. Hotel ni pulak menghadap arah bertentangan dengan hotel sebelah. Lepas Oppa balik jer aku suruh dia cek kiblat. Nasib betul.

WIFI: Amboi, masa nak offer hotel kat kami bukan main cakap ada macam2 best kat hotel ni. Ada wifi la macam2 laa.. Tapi haram tak ada. Password Wifi ‘HIGHLANDES 74’ tertera kat pintu opis diorang, tapi tak boleh connect. Dah macam2 aku try tukar saiz font.
Cuma nak pesan kat korang kalau korang memang cerewet, jangan la duduk hotel ni. Jenis yang tak kisah terpulang lah. Bagi honeymoon couple, better cari hotel lain. Kang tak ada mood pulak nak ber honeymoon. Mahal sikit pun tak apa, asalkan berbaloi.

CARI MAKAN
Malam tu lepas siap mandi, solat bagai semua kami singgah opis Cameron sini jap. Then baru cari makan. Oppa lapaq, aku pulak tunggu balik satgi nak makan laksam yang aku tapau dari pasar malam. Oppa order Oblong. Aku kena pantang makan daging2 burger ni, makcik urut tu dah pesan kat aku. Masa lepak2 minum air panas, mulut kami keluar wap bila bercakap. Oversea sangat........ hahahaha. Tak henti2 test macam jakun. Balik bilik aku bukak laksam, dah pun basi. Tak ada rezeki aku laa..

BREAKFAST
Pagi ni Oppa kena kerja, so Oppa sempat belikan nasi lmak dengan teh O panas. Tak jadi aku nak sambung tidur.
.
aku suka datang shopping sayur kat sini sebab heaven.. hehehe
ni gambar-gambar yang aku sempat shopping sikit (sikit jer)

5 peket RM10 (cili besar, cili benggala, lobak merah, tomato dan sawi)

Strawberry 5 peket besar RM20 (tokey bagi extra peket saiz sederhana 1 dan saiz kecil 1, so total 7 peket) 






Taman Lavender. RM5 untuk masuk..
Kedai Pokok Bunga. Kami beli 'Pokok Halau Nyamuk' .. mati jugak pokok tu dok dengan kami..

Balik dari Cameron singgah makan lemang tok aki kat Bentong. memang sedap.


Macam tak pernah makan nasi.


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys