KERJA PUNYA HAL
Hari ni adalah kali ke 4 (8-9 April 2015), aku
dengan Oppa naik Cameron Highlands. Last
time kitorang pergi bulan Febuari 2015. Atas urusan yang sama jugak, iaitu
pasal kerja Oppa. Oppa ada site visit
dengan Jabatan Alam Sekitar kat sini. Aku pulak??? Saja ikut nak teman Oppa,
boleh la release tension sikit kat sini. Dapat sedut pulak udara segar kat
sini. Hehehe. Lagi pun Oppa ajak sebab dia datang sini sorang, team dia tak
ikut.
SHORTCUT
Kami betolak dari Temerloh lebih kurang dalam
pukul 12pm jugak la lepas Oppa balik dari opis dia. Singgah jerantut dulu sebab
Oppa da kerja kat situ. Cek sample air. Lepas tu baru kitorang gerak ke
Cameron. Ada kekeliruan sikit mase pergi sana sebabnya tak pernah pergi ikut
jalan dari Jerantut. So bila dah sampai kat Lipis, kitorang lencong ikut jalan
ke Kota Bharu sbb ada shortcut ke Cameron. Saving sikit masa dan kilometre. Klu
tak ikut jalan tu,kami akan patah ke raub balik. Jauh balik.
ANAK KUCING COMEL
Kami sampai kat sungai koyan lebih kurang pukul 5pm, ada
pasar malam. Tapi kami singgah solat jamak dulu kat stesen Petron. Yang tak
syoknya, tempat ambil wuduk kat luar. Aku bertuala la nak berwuduk pun. Masa
dalam surau tu aku dengar bunyi benda menguis, ingatkn apa rupanya anak kucing.
Comel –sihat pulak tu. Memang cantik sangat, bulu dia kembang. Nampak macam
baka parsi or munchkin. Aku tak sempat nak main dengan diorang sebab ada umat
lain tunggu turn nak solat pulak (surau share lelaki dengan perempuan). Aku ada
request kat Oppa nak singgah lagi surau tu sbb nak kidnap sekor. Tapi Oppa tak
bagi, sbb baby tu ada ibu.
HOTEL
Sampai sini dalam pukul 7pm. Baru
parking nak cari hotel, dah ada orang datang kat pintu kete offer bilik hotel.
Orang tu bagi salam, tapi nampak macam bangsa India. Mungkin India muslim kot?
Dari harga bilik rm50, Oppa dapat rm40. Oppa cakap bilik besar sbb dia yang
pergi tengok. Hati aku berbunga2 la. Last pergi haritu, dapat bilik sempit nak
solat pun susah. So kali ni dapat bilik besar sikit sedap laa nak golek. Sekali
bila aku check in, Masyaallah...!! tanjat titew tau..??
BILIK: Bilik macam tak pernah servis. Design,
decoration, maintenance semua failed. FYI, bilik ni tak dihidang makanan,
minuman, cawan dan yang sewaktunya. Nasib baik kami da soping sikit kat pasar
malam dan ada bawak bekal sikit.
CADAR: Bayangkan cadar tak pernah
tukar, tarik je selimut tu ada helainan rambut la ada shaver punye cap la, ada
habuk laa. Tilam tenggelam kat tengah.
Oppa geram la, dia turun mintak
tukar cadar. Tapi bila diorang nak datang tukar, Oppa offer diri sendiri nak
buat. Oppa bawak naik sendiri cadar tu. Kami tukar sama2.
SEJADAH: Sejadah pun sedey jer
aku tengok. Macam kutip kat tempat orang derma pakaian.
BILIK MANDI: Bilik mandi apatah
lagi kan??dengan tak cuci dinding, cermin dan lantai.
KIBLAT: Yang ni aku was2 sikit,
tapi nak buat camne kan?? Tawakal jelaa. Aku tak ada apps solat yang boleh
trace kiblat, sbb dah corrupt so aku terpaksa uninstall (citer lama). Internet
pun aku tak ada time ni nak cek kiblat. Apa yang buat aku was2, hotel sebelah
yang kami penah duduk hari tu, kiblat menghadap tempat lain. Hotel ni pulak
menghadap arah bertentangan dengan hotel sebelah. Lepas Oppa balik jer aku
suruh dia cek kiblat. Nasib betul.
WIFI: Amboi, masa nak offer hotel
kat kami bukan main cakap ada macam2 best kat hotel ni. Ada wifi la macam2
laa.. Tapi haram tak ada. Password Wifi ‘HIGHLANDES 74’ tertera kat pintu opis
diorang, tapi tak boleh connect. Dah macam2 aku try tukar saiz font.
Cuma nak pesan kat korang kalau
korang memang cerewet, jangan la duduk hotel ni. Jenis yang tak kisah terpulang
lah. Bagi honeymoon couple, better cari hotel lain. Kang tak ada mood pulak nak
ber honeymoon. Mahal sikit pun tak apa, asalkan berbaloi.
CARI MAKAN
Malam tu lepas siap mandi, solat
bagai semua kami singgah opis Cameron sini jap. Then baru cari makan. Oppa
lapaq, aku pulak tunggu balik satgi nak makan laksam yang aku tapau dari pasar
malam. Oppa order Oblong. Aku kena pantang makan daging2 burger ni, makcik urut
tu dah pesan kat aku. Masa lepak2 minum air panas, mulut kami keluar wap bila
bercakap. Oversea sangat........ hahahaha. Tak henti2 test macam jakun. Balik
bilik aku bukak laksam, dah pun basi. Tak ada rezeki aku laa..
BREAKFAST
Pagi ni Oppa kena kerja, so Oppa
sempat belikan nasi lmak dengan teh O panas. Tak jadi aku nak sambung tidur.
.
aku suka datang shopping sayur kat sini sebab heaven.. hehehe
ni gambar-gambar yang aku sempat shopping sikit (sikit jer)
![]() |
5 peket RM10 (cili besar, cili benggala, lobak merah, tomato dan sawi) |
![]() |
Strawberry 5 peket besar RM20 (tokey bagi extra peket saiz sederhana 1 dan saiz kecil 1, so total 7 peket) |
![]() |
Taman Lavender. RM5 untuk masuk.. |
![]() | ||
Balik dari Cameron singgah makan lemang tok aki kat Bentong. memang sedap.
|
0 comments:
Post a Comment