Monday, June 29, 2015

IKEA STUFF

Hari ni baru teringat nak update pasal barang IKEA ni..  Sebenarnya dah lama sangat aku beli tapi tak sempat nak kongsi..  Orang KL tak pun orang yang dah biasa p IKEA mesti  tau pasal benda2 camni..

Aku cuma beli ni jer sebab kereta dah penuh dengan perabot MIL aku.. Sebab perabot rumah abes rosak kena banjir.. 

Set pinggan plastik kiut RM5.50 setiap jenis.. Aku beli complete..

Kalau tak silap harga dia RM14 kot??

Ada 14 biji, macam2 saiz..Boleh masuk Microwave..


HEROINE KISS ME - EYE LINER

Ni kali kedua aku beli.. Sebab dah jadi feveret mak haa.. Susah nak cari kat Temerloh, kat KL jugak aku jumpa.. Masa aku beli yang ni aku tengah pakai brand CLIO Kill Black yang kene twist2 tu.. Kebetulan Lee Hyori model brand tu, memang aku tak pikir panjang laa.. Tapi kebahagiaan aku tak berpanjangan sebab tak best + menyusahkan aku berganda2..

Sebelum pakai CLIO tu nak kene shake + twist.. Terlebih shake or twist, ink dia akan meleleh berlebihan.. Waktu bersiap yang sepatutnya 10min sekali mekap bagai dah jadi dekat 30min sebabkan masalah yang CLIO ni bagi.. Antara masalahnya ialah :

1. Kene shake + twist.
2. Meleleh berlebihan.
3. Nak padam comot kadang mudah kadang susah.
3. Berus yang tak cambest.

Bila dah jumpa balik 'kawan lama' ni, aku rembat.. BTW lagi murah dari CLIO.. CLIO RM45 lebih kalau tak silap, HEROINE Kiss Me ni RM24 something aku pun tak ingat.. 


Heroine who always want to keep beautiful eye line for
Natural line durability eyeliner

1. smudge proof type 
In tears, sweat, water, sebum the keep the line strong, freshly-painted all day.

2. Can I get in warm water 
Excellent durability, while warm water easily removed and sure.

3. in deep dark eyes sharp
  Black density can be increased, directing the eyes an impressive highlight black eyes in a rich color.

4. Brush Tip can easily draw a 0.1 mm
  Ultra fine brush, without lashes when delicate lines and Crow's hit, shake can draw easily.

5. with chamomile extract and saxifraga sarmentosa extract (moisturizing ingredients)



Aku suka berus dia yang lembut + memahami gerakan tangan aku ni.. Senang nak padam senang nak lukis.. Waterproof gak + tak comot kalau kena air.. Tapi nak padam sekejap jer..

Sunday, June 28, 2015

KUIH RAYA

Tahun ni aku tak fully help MIL aku buat kuih, sebab aku dah kerja.. Wiken jer aku turun padang..
MIL aku jual kuih raya setiap tahun memang laku..

Ni hasil yang dah siap selama sebulan lebih, tu pun masih ada yang dia sambung buat sikit2..

1 balang RM20.. 

Balang macam2 jenis sebab supplier tak dapat nak bagi the exactly type every time people come to pick up.. Walaupun balang macam2 jenis, tapi kuantiti tetap sama.. MIL aku amek barang2 kek + balang2 ni semua kat KL, Sebab murah sikit la dari Temerloh..

Ruang tamu memang penuh dengan kuih saja..Tahun ni kuih MIL ada label sticker sendir, so memang cute laa nak jual kat orang.. Kalau dulu FIL print sendiri pastu nak kena gunting setiap satu.. Sekarang dah mudah, kopek + tampal je..

Aku jugak ada buat blog khas untuk bisnes MIL aku ni.. Tahun ni aku langsung tak sempat nak update apa2 lagi.. Kat dalam tu aku dah susun cantik2 jenis kek + kuih yang dia jual.. Cuma kat Facebook jer aku rajin la sikiiiitttt nak update sebab senang nak pos gambar..  So korang boleh la view puas2.. Lagi 1, aku ada buatkan Facebook Page khas untuk bisnes MIL aku.. 









BIRTHDAY GIRL SWEET 18

Pagi ni aku kemas rumah MIL.. Sapu + mop lantai, sebab lama sangat aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai menantu mithali nih.. huhuhuh. Oppa p hantar kucing kat klinik. Lepas dia balik aku ikut p opis kunun nak tolong dia key in data, tapi system down pulak.. so aku online macam2 laa..

Setel kerja Oppa skali mandi solat bagai, kami gerak p KL.. Sebab isnin aku kerja, Oppa hantarkan.. Sempat singgah bazar Setapak, KL kami beli Roti John RM4 + Popia Basah RM4 (5bijik besaq)+ Air RM2 (cawan)..

Berbuka dalam kereta, sambil2 cari kedai aksesori kereta yang pernah kami p sebelum ni, sebab Oppa ada hantar Radio kereta kat situ (claim waranti)..

Semalam birthday aku laa.. Oppa baik hati sangat, dia belanja aku 2 pasang kasut terus.. Mula2 nak 1 je untuk raya ni punye, lagipun kasut aku yang sekarang ni dah nak koyak, pastu longgar.. Bila nak jalan aku kena grip supaya tak tercabut.. Tu yang aku sakit kaki.. Elok nak keluar dari Hsh Puppies, aku bekenan pulak kasut lain pulak, Oppa pun setuju aku pakai sebab sesuai nak pakai p mana2.. Tak sempat nak snap pic kasut tu..hehehe.

Banyak lagi kedai yang belum bukak kat sini, so barang Oppa nak shopping tak ada.. Next time datang KL kena p tempat lain pulak..

Celeb malam tu kat Quill Mall, KL.. Plan nak candle light dinner kat Kenny Rogers, tapi Kenny tak ade.. hahaha padan muka.. So p la kat Secret Recipe.. Ngam2 makan semua tak sampai RM50.. Plus dapat 1 slice Blueberry Cheese + 1 lemon Ice Tea for FREE.. Sebab kami bayar pakai Maybank kad. Kami order Lasagna + 1 slice Red Velvet + 2 Ice lemon Tea..

Hadiah special secara rasmi cam kapel lain dok bagi tu tak ada laa.. Bagi aku Oppa la SPECIAL PRESENT yang Allah s.w.t bagi pada aku.. Aku bersyukur sangat.. Dulu aku tak pernah terpikir pun akan kawen + dapat seseorang yang macam Oppa nii.. Ingatkan jodoh takat tu je, Allah s.w.t panjangkan jugak jodoh kami sampai ke hari ni.. Alhamdulillah, tak putus-putus doa aku panjatkan pada Allah s.w.t.

Bab rezeki anak ni aku memang rilek, mungkin Allah nak bagi kami bercinta puas2.. Mana la tau bila ada anak ni kami tak sweet macam sekarang ke kan??hehehehe. Nak tengok wayang pun tak boleh sebab baby + kanak2 ada had umur yang dibenarkan masuk.. Nak jalan jauh2 or lama2 pun susah sebab anak dah jadi keutamaan.. Tapi kami tetap nak ada anak.. Sebab mereka penyeri keluarga kami.. Hopefully kami sentiasa sweet sampai ke akhir hayat.. Aminnn..

Semoga hubungan kami kekal hingga ke JANNAH..


bd
Emmmm..Gemokkkkk!!!





Saturday, June 27, 2015

IFTAR DENGAN OPPA + ZEMAH

Siang tadi kami berbuka di Kuantan, Pahang.. Alang-alang nak p KMPH hantar barang + test baju raya kat zemah, boleh la singgah terus ke Kuantan Iftar kat sana.. Oppa solat jap kat KMPH sebelum kami gerak...

Kami p Mega Mall dulu tapi tak best plak, then p ke ECM ( East Coast Mall).. Jalan2 cari barang sikit.. Pastu kami pening kepala tak tau nak berbuka apa + kat mana??? Sebab semua kedai Fast Food + Restaurant dah fully booked.. Kejap2 nak p bazar, kejap2 nak makan kat situ jugak.. Kami siap dah naik kereta dah nak keluar, pastu tak jadik.. Oppa park kereta then kami masuk balik p cari Food Court.. Alhamdulillah ada meja kosong..

Aku + Oppa order Nasi Blackpeper + Yee Mee Blackpepper (Sizzling).. Zemah order apa ntah aku lupa, tapi menu jepun punya sedap la jugak asalkan boleh telan sudah..huhuhu..

Tempat Sizzling tu ramai gila orang.. Aku punye order dekat 30min tak siap lagi.. Sampai orang dah berbuka baru la order aku siap.. Lama aku berdiri depan kaunter tu..

Setel makan kami p TC (Teluk Cempedak) ronda2 jap tak turun pun.. Pastu p tepi benteng sungai Kuantan tu jap, tak turun kereta pun sebab target sebelum 10 malam Zemah dah kena masuk KMPH balik.

Sempat singgah Giant sat zemah nak beli mineral.. Lepas hantar zemah balik, kami pun terus balik..  Sampai Temerloh, Oppa singgah solat Jamak kat Tol Temerloh.. Sempat gak singgah Lorong, aku tidur dalam kereta sementara Oppa setelkan hal dia..

Sampai rumah kat 2 pagi.. Gila mengantuk... ZZZZZZzzzzz..


 Kami amek budak ni dari KMPH.. Kena mintak kebenaran warden plak tu.. Kebetulan birthday dia aritu..
Belanje posing sikit

Iftar aku + Oppa Sizzling RM6.00 + RM1.20 (telur)
Iftar zemah (aku tak tau nama ape)

Thursday, June 18, 2015

FIRST RAMADHAN - IFTAR 2015

Company aku buat majlis berbuka puasa pada hari pertama puasa kat sini jugak.. Kami jemput anak2 yatim terutamanya.. Meraikan mereka ni dpaat pahala..

Menu malam tu nasi Arab.. Aku makan tak habis sebab kenyang sangat nasi tu mengembang bila tuang kuah, so jadi banyak..


Staff



Ramai + comel2

Sponsor Kurma hari tu..



Resepi berpantang yang sesuai untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan. Menu yang sesuai dan senang disediakan. Suami yang menjaga isteri dalam pantang pun boleh sediakan menu yang senang ini.

sapa2 yang berpantang sendiri tu suruh la suami hangpa masakkan.. bukan susah pon.. hangpa pon jadi selera nak makan..

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan
ikan-masin


1. Ikan Masin Lada Hitam


Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati.




2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas




3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas




4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.




5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan




6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.




7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.




8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.




9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang




10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam


grilled-asian-chicken-1

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa




11. Sambal Tok-tok


sambal tok tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.




12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.




13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)


Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.




14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.




15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut




16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.




17. Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.



Selamat Berpantang.

7 RESEPI IKAN BILIS



untuk menu bersahur 2015... nak buat untuk waktu lain pon boleh, cuma menu ni lagi berselera kalau makan masa bersahur.. confirm laki hangpa sukaa..hehehe.. sori aku copy paste dari pamapedia.. alangkah bestnye kalau aku dah boleh duduk rumah sendiri, boleh la aku belasah masak macam2.. tangan aku ni dah lama menggeletaq nak masak bagi laki aku makan.. isk3..

hangpa cuba la nah..??pakat pos and update kat laman sosial hangpa.. aku telan ayaq liuq jela tengok hangpa pos... sobs3


1. Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)




Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.



2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)




Bahan-bahannya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!
Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu




3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang




Bahan-bahan
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan
Bahan Giling 30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya




4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)



BAGI peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.
Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.

Bahan-bahan:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis

Cara-cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.




5. Kerabu Ikan Bilis

Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.




6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai



Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.




7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap



Gambar Kredit : www.tilahskitchen.com
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-caranya:
1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
Sedia untuk di hidang.


Sedapnya makan ikan bilis goreng dengan nasi panas-panas. Selamat Mencuba!!

Monday, June 15, 2015

KMPH CHEAP FOOD

Bertuah laa student KMPH ni sebabnya cafe dorang ada jual macam2 menu.. Ada Western, Melayu, Siam macam2 la yang sewaktu dengannya.. 

Yang best nye sebab murah.. Kalau kami datang sini mesti singgah makan cafe blok C kalau tak silap.. Zemah cakap cafe lain mahal sikit + tak sedap.. Kali ni aku try bubur nasi, tapi dah lupa harga dia.... Oppa nak Chicken Chop (RM6).. Sedap dan kenyang.. Ada sizzling gak tau... Tapi next time plak try..

Kalau dulu aku study kat sini memang gemok giler2 laa sebab aku ni memang kuat makan..hehehe..

Bubur nasi

sos blackpepper dia sedap tak mengecewakan..

DETOX AR-SINAR GABUNGAN 30 JUZUK AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

Semalam masa OTW nak hantar barang kat adik, aku ngan OPPA sempat singgah Giant Kuantan, Pahang.. Plan nak cari barang kat adik, tapi dah tersasar plak niat kami ni.. ish3.. loklaq sungguh..

Kami TERbekenan dengan satu produk DETOX ni.. Kami beli RM100.00 ada dekat 12 botol kalau tak silap aku lah.. Aku bawak 2 botol p hostel, yang lebih ada kat OPPA.. Kat bawah ni aku copy paste info pasal produk ni.. Maklumat lanjut hangpa buleh KLIK SINI..hehehehe.

Sumber dari Facebook

Air Detox Ar Sinar adalah minuman kesihatan organik yang dapat membuang segala toksid,asid dan sebarang jenis keracunan. Ia telah di kaji oleh professor dari negara China, Taiwan, dan Jepun dengan menggunakan bahan seperti Mutiara dan Galian Laut yang telah di rawat boleh terus menyerap masuk ke dalam darah, seterusnya di hantar ke seluruh badan. Keistimewaan air ini telah di gabungkan dengan 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Fungsi utama

1- Meneutralkan asid, toksid, dan sebarang     keracunan dari makanan.
2- Melancarkan perjalanan darah dan penghadaman masalah.
3- Mengekalkan kealkalian rendah darah kerana air Detox Ar-Sinar ini beralkali, dapat meneutralkn gastrik asid dan uric asid dalam badan serta meningkatkan metabolisme.
4- Membekalkan kalsium untuk menguatkan dan mencergaskan tisu-tisu sistem endokrin, pembekuan darah.

Faktor-Faktor Yang Menjadikan Makanan Berasid

Pemakanan seharian kita mengandungi asid kerana pelbagai bahan kimia seperti bahan pengawet, pemanis tiruan, kafein, pewarna, dan juga asid dicampurkan agar makanan nampak lebih menyelerakan dan tahan lama.

Antara lain penyakit yang di sebabkan oleh asid atau kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

-GOUT, RADANG SENDI
-GASTRIK, MEDU, ULURAN
-KENCING MANIS
-RESDUNG, ALERGIK
-PENYAKIT JANTUNG
-OBESITI
-DARAH TINGGI
-BATU KARANG
-BUAH PINGGANG
-MIGRAIN
-OSTEOPOROSIS
-SARAF

Air Detox Ar-Sinar ini juga boleh di gunakan untuk kegunaan luar, seperti:

-Rabun mata/ katarak mata (titiskan)
-Bayi yang kena penyakit kuning (lapkan keseluruh anggota badan)
-Alergik, resdung (basuhkan)
-Sakit gigi (kemam 10minit)

Air Detox Ar-Sinar ini juga di gabungkan dengan 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Khasiat Gabungan 30 Juzuk Ayat Suci Al-Quran

-Ketenangan jiwa
-Penyembuhan rohani dan jasmani
-Perlindungan diri dan penawar sihir
-Keberkatan diri dan harta
-Penerang hati dan pelembut jiwa
-Mengurangkan sifat nakal dan degil
-Menjadi anak soleh dan solehah
-Mengeratkn kasih sayang suami isteri
-Kurangkan panas baran
-Membentuk rumah tangga bahagia
-Ikhtiar mendapat zuriat yang baik

JADIKANLAH MINUMAN DETOX AR-SINAR INI SEBAGAI MINUMAN HARIAN ANDA UNTUK MENCEGAH DARI SEGALA TOKSID DAN ASID YANG BERBAHAYA DALAM MAKANAN HARIAN KITA. INSYAALLAH...TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T.


Friday, June 12, 2015

GAMBIR SARAWAK ASLI

Sambungan dari entry lepas, kat sini aku nak citer skit pasal Gambir Sarawak (Asli).

Gambir Sarawak Asli dihasilkan dari getah pokok gambir yang hanya boleh didapati dihutan dara dalam daerah marudi Sarawak, Ia amat berguna diwaktu kecemasan siang atau malam.

Sumber Internet

Faedah Getah Gambir Sarawak:

1. Untuk melegakan sakit gigi
2. Terpijak paku
3. Bertindik (tebuk telinga)
4. Disengat binatang seperti tebuan, kala jengking, lipan dan sebagainya.
5. Terkena sengatan ikan yang berbisa
6. Sakit perut, keracunan makanan, kanser perut
7. Najis berdarah, muntah-muntah, sakit dada
8. Luka yang parah
9. Untuk tahan lama semasa mengadakan hubungan kelamin (untuk lelaki)
10. Resdung dan Alergik kulit (aku bekenan sebab ni, aku ada resdung tapi aku tak try lagi tak ada masa)



Cara-cara menggunakannya:

1. Potong Gambir Sarawak sedikit dan letakkan ditelapak tangan, kemudian campurkannya dengan air bersih dan gosok hingga menjadi cecair, selepas itu sapukan pada tempat yang terkena sengatan tadi.
2. Untuk bahagian dalaman, kikis dan kedalam air, minum 3 kali sehari airnya.
3. Untuk bahagian luar kikis dan sapu ditempat yang sakit.
3. Untuk resdung, buat macam kat atas tadi tapi gosok kat tulang hidung selama 3 hari berturut-turut sebelum tidur. Insyallah.


SARAWAK FAMILY TRIP


8-10 Jun 2015 lepas kami p sarawak.. Makan angin dan perabih duit.. Banyak jugakla duit aku abes.. isk3.. kami tidoq kat kuarters polis, ada homestay.. Sedara mertua kami polis, so dorang la tour guide kami.. Kami banyak singgah lepak kat Waterfront je..











krgemukkan melanda
Pasar Satok
Kek Lapis Dayang D' Zulaikha (boleh buat tempahan)


Dinner kat My Village Barok Bistro (best..!!)
Kekapis, Linut & Phansuh (Gambar atas ni) kami dah rasa memang sedap.. Aku suka kekapis lagi (memang taste I laa...hee). Ni cara dorang masak Kekapis & Phansuh..

Roti Daging Banjir
Cheese Roll
Ais Krim

Mee Kolok (TERBAIK...!!!)
Tokey kedai pasu 



"datang sarawak nak jalan2, jalan hilang..hahahaha" (plan nak melawat rumah panjang di cancelkan)
Tengok Orang Utan (anak beranak bergayut)

Posing sat kat  KLIA airport
Naik sampan nak seberang ke Waterfront (RM1/person)
Muzium Margaret (aku lupa nama tempat ni)




Dulu2 tempat (Muzium) ni penjara.. Banyak kepala kena pancung dorang simpan kat sini.. Sekarang tak tau la ada lagi ke tak dorang simpan???

Tolong abaikan si debab tu..huhuhu
Key Chain + Fridge Magnet sebagai cenderahati.
Fridge Magnet kat Waterfront banyak, boleh buat tampal kat peti sejuk, CPU, whiteboard dll.
Ni mahal sikit aku tak beli pun..




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys