Sunday, June 28, 2015

BIRTHDAY GIRL SWEET 18

Pagi ni aku kemas rumah MIL.. Sapu + mop lantai, sebab lama sangat aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai menantu mithali nih.. huhuhuh. Oppa p hantar kucing kat klinik. Lepas dia balik aku ikut p opis kunun nak tolong dia key in data, tapi system down pulak.. so aku online macam2 laa..

Setel kerja Oppa skali mandi solat bagai, kami gerak p KL.. Sebab isnin aku kerja, Oppa hantarkan.. Sempat singgah bazar Setapak, KL kami beli Roti John RM4 + Popia Basah RM4 (5bijik besaq)+ Air RM2 (cawan)..

Berbuka dalam kereta, sambil2 cari kedai aksesori kereta yang pernah kami p sebelum ni, sebab Oppa ada hantar Radio kereta kat situ (claim waranti)..

Semalam birthday aku laa.. Oppa baik hati sangat, dia belanja aku 2 pasang kasut terus.. Mula2 nak 1 je untuk raya ni punye, lagipun kasut aku yang sekarang ni dah nak koyak, pastu longgar.. Bila nak jalan aku kena grip supaya tak tercabut.. Tu yang aku sakit kaki.. Elok nak keluar dari Hsh Puppies, aku bekenan pulak kasut lain pulak, Oppa pun setuju aku pakai sebab sesuai nak pakai p mana2.. Tak sempat nak snap pic kasut tu..hehehe.

Banyak lagi kedai yang belum bukak kat sini, so barang Oppa nak shopping tak ada.. Next time datang KL kena p tempat lain pulak..

Celeb malam tu kat Quill Mall, KL.. Plan nak candle light dinner kat Kenny Rogers, tapi Kenny tak ade.. hahaha padan muka.. So p la kat Secret Recipe.. Ngam2 makan semua tak sampai RM50.. Plus dapat 1 slice Blueberry Cheese + 1 lemon Ice Tea for FREE.. Sebab kami bayar pakai Maybank kad. Kami order Lasagna + 1 slice Red Velvet + 2 Ice lemon Tea..

Hadiah special secara rasmi cam kapel lain dok bagi tu tak ada laa.. Bagi aku Oppa la SPECIAL PRESENT yang Allah s.w.t bagi pada aku.. Aku bersyukur sangat.. Dulu aku tak pernah terpikir pun akan kawen + dapat seseorang yang macam Oppa nii.. Ingatkan jodoh takat tu je, Allah s.w.t panjangkan jugak jodoh kami sampai ke hari ni.. Alhamdulillah, tak putus-putus doa aku panjatkan pada Allah s.w.t.

Bab rezeki anak ni aku memang rilek, mungkin Allah nak bagi kami bercinta puas2.. Mana la tau bila ada anak ni kami tak sweet macam sekarang ke kan??hehehehe. Nak tengok wayang pun tak boleh sebab baby + kanak2 ada had umur yang dibenarkan masuk.. Nak jalan jauh2 or lama2 pun susah sebab anak dah jadi keutamaan.. Tapi kami tetap nak ada anak.. Sebab mereka penyeri keluarga kami.. Hopefully kami sentiasa sweet sampai ke akhir hayat.. Aminnn..

Semoga hubungan kami kekal hingga ke JANNAH..


bd
Emmmm..Gemokkkkk!!!





0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys