Monday, May 27, 2013

CONVOCATION CEREMONY AT UITM SHAH ALAM




gwiyomi


Yeeeeaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh...................!!!! aku dah grad....!!! 13.May.2013 yang lepas aku konvo kat DATC, UiTM Shah Alam.. Setelah 2 setengah tahun aku study kat UiTM Shah Alam (1 tahun) dan UiTM Puncak Alam (1 tahun), lagi 1 sem aku buat internship kt KLCC..

Mak, adik (UKM), abang dan tunang aku datang meraikan hari terbaik aku..huhuhu (terbaik la sangat..kuikuikui). Adik aku yang bongsu tak dapat datang, dia ada exam, tahun ni dia form 5.. Kena rajin sikit belajar..

gwiyomi

Bunga yang warna kuning yang ada bear tu, OPPA yang beli..kesian kat dia kena tipu dengan penjual bunga.. Mahal pulak tu dia kena bayar.. tak berbaloi.. sebab dia beli yang kat luar UiTM.. first time jugak laa dapat bunga dari OPPA..hehehe. yang warna merah, mak beli.. mak untung, sebab dia dapat yang murah RM30.. 


Abang kitorang belanja makan nasi arab.. dah nak licin baru nak snap.. kitorang makan dekat belakang hotel concord.. order dalam 3 menu, tapi aku snap 2 je..hehehe

gwiyomi
 OPPA banyak membantu dan berkorban untuk minggu tu.. tq OPPA.. muka OPPA yang selenge...

Puas jugak laa cari kedai gambar yang konon bagi pakej best.. last2 aku kena tipu.. ceit..!!! terbang RM100.. kat pamplet RM11, tapi bila pergi RM100-RM250...???

yang RM11 tu saiz 4R, tu pun 1 shoot jer.. eeeee...!!!!

then kitorang pun belasah posing kat dalam hotel UiTM.. nak posing kat datc tapi panas terik tu yang tak sempat nak posing bagai..huhuhu..

OPPA banyak berulang-alik dari KL-Shah Alam-Putra Heights-KL.. kesian dia.. bagus betul OPPA ni.. Terharu sangat sebab sanggup bersusah payah... saranghae OPPA.. <3
gwiyomi
mak dan adik pun nak try jugak...hehehe

adik aku nak amek feel pakai jubah tu, so aku pun bagi laa.. dia cakap nak bagi ada semangat nak habiskan study... then kitorang pun suruh mak pakai jugak.. biar laa mak merasa pulak, bukan ada peluang macam ni selalu.. lagi pun mak tu sponsor terbesar dalam hidup aku.. dia laa pelabur paling besar... so nanti aku kena bagi 'syer' or 'profit' kat dia.. harap2 'pelaburan' mak berbaloi... aminnn..

Lepas ni aku kena pulun cari kerja.. (ada ke orang yang nak ambil aku kerja..???) kuikuikui

AIESYAH AND SYASYA MAKE OVER IN WATSON



last week kitorang keluar hantar zemah pergi tusyen pastu pergi tempat kerja mak amek borang mc, pastu pergi klinik.. mak xsihat..

sempat singgah watson.. eye shadow product simply sity lelong RM1/each.. shampoo rejoice pun sama tp yang kecil laa.. byk lagi barang lain.. aku beli eye shadow je.. murah sebab  make up nak expired.. jadi laa buat main make up, kalau terdesak ada la jugak dari tak da langsug kan..??hahahaha

so dalam dok merayau2 tu aku sempat make up kan sepupu aku dua orang ni..macam2 diorang nak try..
ni aku sempat rakam dengan camera murah after make over..comel..heheh

aku bli 3 color 3 set.. bagi kat adik2 ngan mak..


Saturday, May 11, 2013

JOB INTERVIEW



APPLY JOB
Dalam tempoh menganggur ni banyak jugak laa job yang aku try mintak. Entah kenapa aku ni suka sangat pilih position customer service dari jadi admin je?? Walaupun nampak macam tak gempak, tapi title aku Executive and Officer dan juga gaji besar. Tu yang aku suka, yang tak suka tu part kena kerja shift. Aku tak ada transport sendiri. Pening kepala nak fikir.

1ST INTERVIEW AFTER GRADUATE
Baru2 ni aku pergi interview untuk 1 company yang tak kurang hebatnya. Interview untuk job kat Telecommunication Company, tapi yang rekrut aku ni ajen. Nak pergi sana tu aku pakai teksi, sebab tak ada LRT/monorel. Kena la caj RM13.30.

Interview pukul  1pm. Mula2 tu nervous la jugak, but  then bila dah lalui semua proses rasa macam daftar kursus kawen pulak??

THE ASSESSMENT
Apa yang best sangat semua assessment kat situ ajen suapkan. Tak tahulah samada diorang nak tolong atau nak duit?? Ada assessment, typing test and interview 3-to-5. Yang tak bestnya, kalau semua kena suap kita tak tahu kemampuan kita. Nanti kang bila kena test dengan company tu sendiri kang kantoi dah rugi pergi training berminggu2, habis duit. Position contract 6 bulan je.

THE THRUTH
Sebab aku dengar dari sumber yang boleh dipercayai, habis jer training kat situ akan ada exam? So kalau tak lepas, tak kan dapat dah position yang kita mintak tu. Diorang akan bagi position lain yang gaji lagi sikit dari position yang awal tadi tu?



THE SALARY
Gaji yang diorang offer untuk budak SPM and DIPLOMA RM1500. Untuk  DEGREE RM1700. beza RM200 jer. Bonus performance (kalau punctual) RM300. OT ikut jam, tak ingat la pulak berapa? Dari gaji basic tu diorang akan potong RM100 selama 6 bulan tempoh contract, macam BOND. After 6 months diorang akan bagi balik duit tu. Maknanya kena rajin buat OT and punctual laa. Sebab gaji tinggal RM1600 je. Nak bagi mak kat kampung apa??adik2??tambang lagi??sewa rumah??makan??Shopping lagi lah tak ada dalam senarai. Beli kereta tolak tepi dah, sebab memang tak cukup. Lain la dapat jodoh kaya ke kan?? Agent ni memang tak cerita ‘peristiwa’ after training. So ramai yang accept job tu.

OTHER OFFER
Aku lulus ‘ujibakat’ dan dapat tawaran kerja situ. At 1st aku accept. On the same day, mak call bagitahu aku dapat interview SPA untuk position penolong pegawai tadbir. Gaji lebih kurang, tapi fix elaun ada so tak risau. Kenaikan gaji setiap tahun ada. Lagi 1 job dengan gomen ni secure. Mak memang beriya nak aku dapat job ni. Bukan setakat SPA je aku dapat, aku dapat call interview dari agency yang boleh dipercayai dari yang aku pergi hari tu. Untuk interview ni aku dapat 2 permanent position as a Customer Service Executive and Customer service Officer untuk 2 buah private bank. Which is gaji lagi banyak dari 1st job tadi. Elaun pun banyak. Untuk sejenak aku jadi mata duitan. Bukan nak tamak, tapi aku fikir mak and adik2. Berapa lama kerja baru nak bagi duit kat diorang?? So baik aku buat cara tak lambat tapi selamat. Hehehe.

KENA MARAH DENGAN AGEN
Khamis hari tu aku pergi interview untuk 2 permanent position. Dekat bangunan wisma MCA. Assessment dia bagi ok. Aku jawab sendiri. Ada calculation, writing (formal letter to customer), oral interview, behavioural test. Semua lepas, yang writing tu je aku buat 2x. Tapi aku kena pergi interview lagi sekali direct dekat bank company tu. Cuma tarikh untuk next interview hari lain pulak.

Dalam tempoh aku kat sana, agen yang 1st job tu asik call aku. Tak dapat aku, dia call rumah so mak yang angkat. Marah2 dia sebab aku tak angkat. Mak aku cakap aku tak nak job tu. Lagi dia marah. Settle je kerja aku kat wisma MCA, aku call agent tu balik, then dia cakap nak call aku balik.

Dia call aku marah2 sebab aku tak angkat call dia. Aku pun cakap aku pergi ambil jubah untuk konvo, sebab tu aku tak dapat angkat call dia. So dia start marah2, dia cakap aku punya attitude tak bagus, dia kutuk aku punya result. Jap nak buat conversation sikit dengan dia.. lebih kurang camni laa...

THE CONVERSATION
Agen:    haa..rz nape I call u xangkat?

Rz:          i pergi amek jubah, bz sikit. (terpakse bohong nak jaga ati dia, last2 ati aku dia xjage..kui.kui.kui)

Agen :   u nak job ni ke x? Kenape mak u cakap u xnak? Kalau xnak lebih baik u xpyh datang interview aritu? U menyusahkan i, u buang masa i. I ni nak tolong u dapat job tu. I tau u nak konvo isnin mgu depan. I lepas kan u sehari untuk bg u konvo. I tau tu hari bahagia u. Tapi esok ni nak start training.
Kalau u xnak i nak bg kat orang lain?

Rz:          i bkn xnak tapi i ada hal mgu depan. I nak konvo n i kena blk kampung (SPA, tp aku xgtaw pasal tu, kang dia mencarut plak?hahaha). so i xnak skip training byk hari.. menyusahkan orang. Lagipun training 2weeks, nanti i byk t’tgl. I mmg nak call cnfirm blk...............
(Aku memang xsempat nak defend diri, dia asik potong aku)

Agen:    memang u menyusahkan orang lain n u menyusahkan i. I nak tanya ni, result u 1st class ke?

Rz:        2nd class.

Agen:    haa.. u ingat dgn result cmtu u sng dapat kerja ke? Tak ada sapa nak amek u kerje dgn result macam tu..? sekarang ni ramai budak pandai2, u ingat ley compete dgn diorang ke? I ni dah banyak tolong u tau? Sekarang ni sape yang nak keje?? U ke, mak u?

(ciss dia kutuk result aku..!!)

Agen:    i nak blacklist u dari apply job dlm company and agency ni, u x kisah ke?? Klu i blacklist u, u xboleh apply job dlm company n agency ni  lg tau?
(dia ugut aku??)

Agen:   esok u cuma duduk training jer.. bukannye buat kerje trus..?? i xsuruh u angkat call, buat keje.. i Cuma suruh u duduk dengar jer.. yu pun susah ke?

Bla..bla..bla.. aku pun xingt ape dia kata..*dia guna bahasa saya-awak. Aku tukar i-u sbb nak cpt..hee

Aku just mintak maaf, aku mengaku tu salah aku. Aku cakap aku paham apa dia cakap. Aku iya kan je. Aku cakap benda2 camni xkan berlaku lagi..

Lepas aku habis borak dengan dia, mak aku call pulak, mak aku cakap orang tu tepon lagi. Aku pun bagitahu, yang call tu cuma agen, dia bukan staff company tu. Saja guna nama company tu nak takutkan mak aku. Ada ke dia marah2 mak aku. Dia paksa mak aku jawab soalan dia ‘kenapa aku tak nak job tu??’. Memang biadap. Puas mak aku elak. Lepas aku cerita semua kat mak, mak aku bengang jugak laa. Mak aku cakap, kalau dia call lagi, mak aku nak sound balik.

Sebab aku rasa bersalah jer aku tak nak lawan balik. Kalau tak aku sembur jugak. Orang camtu jangan bagi muka, bagi kaki je.. dah geram sangat dah gayanya ni...hahaha.


HAPPY MOTHER'S DAY



Mothers day just around the corner.. aku tak banyak bergambar dengan mak aku.. yang ni pun zaman lampau bila ntah..?? saja pilih gambar ni sebab baju sama warna.. hehehehe.. merah lambang hati.. huhuhuhu..

nenek yang tua tu nenek sedara aku.. disebabkan dia pun seorang ibu walaupun hanya membela anak orang lain iaitu pak cik aku (sebab dia tak dikurniakan zuriat), maka dia masih seorang ibu dan dia berhak untuk dihargai..

aku menghargai pengorbanan mak aku dari aku kecil hingga besar dia jaga aku dan adik2.. dia melalui macam2 dugaan, kesukaran, cabaran membesarkan kitorang tanpa arwah ayah disisi.. TAHNIAH..!!!!

aku mendoakan kesejahteraan, kebahagian, keselamatan mak.. semoga mak tabah dalam menempuh hidup ni..

bulan 8 ni mak aku nak pencen dengan rasminya..



GAMBAR ZAMAN MUKA TAK LALU NAK TENGOK



Rupanya banyak jugak gambar2 aku yang huduh time aku muda remaja.. isk.isk.isk. Kenapalah aku bajet cantik sangat dulu..??? Posing bukannya nak pikir akibat/kesan 10tahun akan datang.. semua yang aku upload dalam FB nak kena LOCK lepas ni.. Tapi takpe, kita kena terima diri kita seadanya.. Dari jahiliah kita berhijrah kepada yang lebih bagus.. heheheh

Dulu aku kurus sangat.. kalau pakai apa2 nampak renjong.. tinggi lampai, papan sekeping.. tu yang macam kureng tu.. so aku pun berusaha menggemukkan diri.. BERJAYA dah sekarang..!!!!


2 tahun lepas kalau tak silap..

jalan2 kat melaka dengan family

masjid besi..

bawak adik pusing time square..huhuhuhu..

jumpa kak ipar (time tu belum jd k.ipar lagi..heheheh), keluar dating dengan adik..

SUKA-SUKI BERSAMA OPPA



Walaupun kitorang selalu jumpa, tapi tak banyak gambar kitorang pernah ambil.. boleh kira dgn jari la.. so ni   jer yang aku sempat ada.. gambar tunang pn tak banyak dengan dia..




time kat time square.. ada tangga piano dan tile magic..heheheh

Friday, May 10, 2013

STICKER FOR LETTER



Aku memang dari dulu rajin beli sticker.. semua aku guna untuk buat kad or letter.. so yang ni sesuai untuk OPPA je..

Yang best sticker ni, aku ley lukis apa2 reaksi muka.. so ley laa ekspresi kan perasan aku kat OPPA..hehehe..

Dah nak habis aku guna sticker ni.. aku beli kat LIVING CABIN.. kat situ mmg da byk brg cute..


DA VINCI EXHIBITION


Sem 5 aku ada join housemate aku pergi Da vinci Exhibition.. macam2 ada.. tapi sunyi sebab dah hari keberapa time tu.. orang pun tak ramai.. kitorang pergi ngn public transport jer.. nak sesat jugak la.. 

sempat lunch kat KFC, kitorang lapar sangat.. 

pameran2 semua tu tak ori.. just display jer.. lukisan2 pun sama.. tapi takpe pengalaman.. 



HARI TENTERA (2011)


Masa aku pergi hari tentera ni aku sem 2 kat UiTM.. sebilik dengan KIM.. so kitorang rapat.. selalu jugak la keluar turun town.. 

kebetulan hari yang kitorang keluar tu, kena tidur rumah mak sedara aku kat setiawangsa.. pak cik aku tentera.. so dia bagitahu ada event untuk hari tentera kat dataran merdeka.. kitorang pun pergi la esok nya..

macam2 ada.. banyak tempat kitorang posing..


walaupun dah lepas... aku masih nak ucap selamat hari tentera.. hargailah pengorbanan mereka..

BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM


Masa sem 1st or 2nd kalau tak silap laa, aku start pandai keluar merayau, merewang..hehehe. Ingat dulu time kecik2 parent aku penah bawak kitorang adik-beradik datang bukit cerakah.. So bila aku dah kat sini, aku nak sangat datang.. sebab time tu musim sejuk.. 

Aku pun tak ingat harga masuk tempat tu..?? mungkin dalam RM3..?? Best la jugak.. sejuk sangat..!!

Kitorang naik basikal kayuh 1 tempat tu.. pun kena bayar jugak ikut jam... aku tak ingat berapa.. murah jer.. hehehee.

Banyak tempat kitorang bergambar.. kat situ ada rumah kampung mini ikut negeri.. macam kat taman mini melaka..




MY HAND



  • Tangan kena conteng dengan lecturer law sebab tak dapat jawab soalan dia.. ramai classmate aku kena conteng.. sebelum dia conteng, dia tanya student ada apa2 nak request?? so aku pilih gajah..


  • Time tidur kat rumah classmate, kitorang main inai.. hehehe, gatai nak kawen..


  • Time aku disarungkan cincin dari mak mertua..


  • Sekali lagi aku kena conteng tangan.. sebab tak study dulu before masuk class, ni la akibat dia bila tak dapat jawab..heheeh



RAYA CARD



Hari tu aku dok sibuk cari dictionary, tapi tak jumpa.. yang aku jumpa kad raya dari arwah ayah aku kepada mak aku.. dulu aku pernah jumpa kad tu, tapi aku tak cerdik lagi time tu, baca pun tak reti.. sebab tulisan bersambung.. aku siap conteng kad tu..

Bila aku jumpa balik, aku pun baca laa jap.. terharu woo ayat dia.. mak aku masih simpan lagi kad tu.. kad tu ditulis dalam tahun 1984.. aku pun tak lahir lagi.. time baru kawen la kot..???hehehehe..

Ayat dalam kad:

“hari ini kita berkasih dan bermesra walau pun sesaat tak mahu berpisah..
Indah alam maya bagaikan di syurga bersenda jenaka tiada dukacita..
Bagaimanakah andainya esok bencana tiba dan memisahkan kita berdua..
Berdoalah kita jauhkan bencana agar kau dan aku abadi bersama..”

BOB

“Di kertas yang gersang ini abang mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas silap dan salah.. senyum, seyumlah selalu... selalu sayang teramat sayang.. TT- zainudin”

Aku rasa1 tu jer kad yang ayah aku pernah bagi...

Aku pulak ada masa tak reti nak luahkan masalah, perasaan, benda2 yang aku simpan dalam hati ni semua payah sikit nak luah depan2 orang.. melainkan kalau aku ‘meletup’.. aku pernah buat surat kat mak, sebab aku tak boleh cakap depan dia.. aku tak nak nanti aku singgung perasaan mak sebab tu aku bg letter.. b’day mak pun aku buat kad sendiri tu pun zaman tak ada hp, dah ada hp aku msg je kalau nak wish b’day.. tapi kalau kat adik2, aku direct jer cakap.. nak marah, berleter semua aku buat depan2 diorang..

start dari aku reti berkapel, aku suka bg love letter kat orang yang aku sayang.. macam kat tunang aku ni, aku dah bagi berpuluh2 keping letter.. ada sebundel letter dia bagi hilang.. mengamuk jugak aku.. penat tau x? Aku siap lukis berpage2, pikir nak tulis ape??, berminggu2 baru siap buat letter.. tapi dia boleh bagi hilang.. geram aku..

then aku belikan dia file holder untuk simpan letter supaya tak hilang lagi.. tapi sekarang ni, aku tak aktif buat letter.. bz skit, malas banyak, lupa nak buat.. setiap kali kitorang jumpa, aku mesti bagi small card?small note?letter?small gift camtu laa kat dia.

Bila dah lame tak buat letter aku jadi lupa nak bagi kat dia tiap kali kitorang jumpa.. disappointed jugak laa.. aku patut teruskan benda ni sebab aku nak dia tahu aku sentiasa hargai dia dan aku nak jaga hubungan ni walaupun dia tak bagi aku letter..hahahha.. dia Cuma pernah bagi b’day card tu pun sekali jer..sobb.sob.sob.


card raya

GILA GAME



Sedang dok belek2 laptop, aku baru perasan ada game lama aku pernah simpan.. sebabkan aku tak ada kerja lain, aku pun cari la kerja sendiri.. haa.
Aku bukak habis semua game tu.. semua aku kasi try.. adik aku cakap (perli) hidup aku sungguh menyedihkan sebab main game dalam bilik bersendirian, kesunyian dan kesepian.. dia cakap camtu sebab dia belum ‘cuba, try, test’ lagi.. sekali dia main, dah tak hengat dunia.. tak sedar dah laptop sape dia pakai..??aku nak main pun dia tak bagi.. pulun kat dia sorang..

Game yang ada:

1.       Big City Adventure New York
2.       Cooking Dash II & III
3.       Magic Academy
4.       Farm Frenzy
5.       Sally Studio
6.       Turbo Pizza
7.       Wedding Dash

Big City Adventure tu aku dah khatam.. Wedding Dash da lagi 1 round aku tak boleh nak khatam, sebab memang aku main tak lepas2 susah sangat.. Cooking Dash II, aku sangkut jugak so give up jap.. Cooking Dash III, aq dah khatam.. hahahah. Magic Academy, dulu pernah khatam dah, so sekarang ni aku malas nak khatam sebab bosan.. Game dia kacang sangat.. Farm Frenzy, tak power then malas la nak main (padahal, main tak dapat expert nak give up..huhuhu).. Turbo Pizza blom start lagi sebab nak bagi laluan kat game Sally Studio..hehehe.. sekarang ngah gila ngan sally studio, best game tu.. haa.  


academy magic


1-cooking dash II, 2-cooking dash III, 3-magic academy, 4-sally's studio, 5-wedding dash

STICKER- (BRITNEY SPEARS)



Masa sekolah rendah budak2 zaman aku dulu suka kumpul sticker (pompuan jelaa). Aku ada sticker Britney spears..2 keping aku beli.. dalam sekeping, ada macam2 gambar Britney posing.. sebelum ni aku bagitahu yang aku terjumpa balik buku lirik kan? Ni aku terjumpa balik sticker Britney.. aku ni kedekut nak guna sticker tu, nak bagi free kat orang pun aku tak nak (buruk perangai..hahaha).. so sekarang ni, dari aku dok simpan, baik aku guna.. dengan tidak melengahkan masa, aku pun terus guna buat tampal kat letter, buku, diary.. pasni ada lagi benda jadi mangsa vandalism aku.. hehehehehe..

Bukan setakat sticker Britney, name card yang macam budak2 punya pun aku ada tau.. siap letak alamat salah lak tu (alamat rumah yang kitorang tak jadi duduk) hahahahaha.. tapi card tu laku, kawan2 aku dah ambil sorang satu.. yang ada kat aku pun design lain yang tak lawa..




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys