Hari tu aku dok sibuk cari
dictionary, tapi tak jumpa.. yang aku jumpa kad raya dari arwah ayah aku kepada
mak aku.. dulu aku pernah jumpa kad tu, tapi aku tak cerdik lagi time tu, baca
pun tak reti.. sebab tulisan bersambung.. aku siap conteng kad tu..
Bila aku jumpa balik, aku pun
baca laa jap.. terharu woo ayat dia.. mak aku masih simpan lagi kad tu.. kad tu
ditulis dalam tahun 1984.. aku pun tak lahir lagi.. time baru kawen la
kot..???hehehehe..
Ayat dalam kad:
“hari ini kita berkasih dan
bermesra walau pun sesaat tak mahu berpisah..
Indah alam maya bagaikan di
syurga bersenda jenaka tiada dukacita..
Bagaimanakah andainya esok
bencana tiba dan memisahkan kita berdua..
Berdoalah kita jauhkan bencana
agar kau dan aku abadi bersama..”
BOB
“Di kertas yang gersang ini abang
mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas silap dan salah.. senyum,
seyumlah selalu... selalu sayang teramat sayang.. TT- zainudin”
Aku rasa1 tu jer kad yang ayah
aku pernah bagi...
Aku pulak ada masa tak reti nak
luahkan masalah, perasaan, benda2 yang aku simpan dalam hati ni semua payah
sikit nak luah depan2 orang.. melainkan kalau aku ‘meletup’.. aku pernah buat
surat kat mak, sebab aku tak boleh cakap depan dia.. aku tak nak nanti aku
singgung perasaan mak sebab tu aku bg letter.. b’day mak pun aku buat kad
sendiri tu pun zaman tak ada hp, dah ada hp aku msg je kalau nak wish b’day..
tapi kalau kat adik2, aku direct jer cakap.. nak marah, berleter semua aku buat
depan2 diorang..
start dari aku reti berkapel, aku
suka bg love letter kat orang yang aku sayang.. macam kat tunang aku ni, aku
dah bagi berpuluh2 keping letter.. ada sebundel letter dia bagi hilang..
mengamuk jugak aku.. penat tau x? Aku siap lukis berpage2, pikir nak tulis
ape??, berminggu2 baru siap buat letter.. tapi dia boleh bagi hilang.. geram
aku..
then aku belikan dia file holder
untuk simpan letter supaya tak hilang lagi.. tapi sekarang ni, aku tak aktif
buat letter.. bz skit, malas banyak, lupa nak buat.. setiap kali kitorang jumpa,
aku mesti bagi small card?small note?letter?small gift camtu laa kat dia.
Bila dah lame tak buat letter aku
jadi lupa nak bagi kat dia tiap kali kitorang jumpa.. disappointed jugak laa..
aku patut teruskan benda ni sebab aku nak dia tahu aku sentiasa hargai dia dan
aku nak jaga hubungan ni walaupun dia tak bagi aku letter..hahahha.. dia Cuma
pernah bagi b’day card tu pun sekali jer..sobb.sob.sob.
card raya
0 comments:
Post a Comment