APPLY JOB
Dalam tempoh menganggur ni banyak
jugak laa job yang aku try mintak. Entah kenapa aku ni suka sangat pilih
position customer service dari jadi admin je?? Walaupun nampak macam tak
gempak, tapi title aku Executive and Officer dan juga gaji besar. Tu yang aku
suka, yang tak suka tu part kena kerja shift. Aku tak ada transport sendiri.
Pening kepala nak fikir.
1ST INTERVIEW AFTER
GRADUATE
Baru2 ni aku pergi interview
untuk 1 company yang tak kurang hebatnya. Interview untuk job kat Telecommunication
Company, tapi yang rekrut aku ni ajen. Nak pergi sana tu aku pakai teksi, sebab
tak ada LRT/monorel. Kena la caj RM13.30.
Interview pukul 1pm. Mula2 tu nervous la jugak, but then bila dah lalui semua proses rasa macam
daftar kursus kawen pulak??
THE ASSESSMENT
Apa yang best sangat semua
assessment kat situ ajen suapkan. Tak tahulah samada diorang nak tolong atau
nak duit?? Ada assessment, typing test and interview 3-to-5. Yang tak bestnya,
kalau semua kena suap kita tak tahu kemampuan kita. Nanti kang bila kena test
dengan company tu sendiri kang kantoi dah rugi pergi training berminggu2, habis
duit. Position contract 6 bulan je.
THE THRUTH
Sebab aku dengar dari sumber yang
boleh dipercayai, habis jer training kat situ akan ada exam? So kalau tak
lepas, tak kan dapat dah position yang kita mintak tu. Diorang akan bagi
position lain yang gaji lagi sikit dari position yang awal tadi tu?
THE SALARY
Gaji yang diorang offer untuk
budak SPM and DIPLOMA RM1500. Untuk DEGREE
RM1700. beza RM200 jer. Bonus performance (kalau punctual) RM300. OT ikut jam,
tak ingat la pulak berapa? Dari gaji basic tu diorang akan potong RM100 selama
6 bulan tempoh contract, macam BOND. After 6 months diorang akan bagi balik
duit tu. Maknanya kena rajin buat OT and punctual laa. Sebab gaji tinggal
RM1600 je. Nak bagi mak kat kampung apa??adik2??tambang lagi??sewa
rumah??makan??Shopping lagi lah tak ada dalam senarai. Beli kereta tolak tepi
dah, sebab memang tak cukup. Lain la dapat jodoh kaya ke kan?? Agent ni memang
tak cerita ‘peristiwa’ after training. So ramai yang accept job tu.
OTHER OFFER
Aku lulus ‘ujibakat’ dan dapat
tawaran kerja situ. At 1st aku accept. On the same day, mak call
bagitahu aku dapat interview SPA untuk position penolong pegawai tadbir. Gaji
lebih kurang, tapi fix elaun ada so tak risau. Kenaikan gaji setiap tahun ada.
Lagi 1 job dengan gomen ni secure. Mak memang beriya nak aku dapat job ni.
Bukan setakat SPA je aku dapat, aku dapat call interview dari agency yang boleh
dipercayai dari yang aku pergi hari tu. Untuk interview ni aku dapat 2
permanent position as a Customer Service Executive and Customer service Officer
untuk 2 buah private bank. Which is gaji lagi banyak dari 1st job
tadi. Elaun pun banyak. Untuk sejenak aku jadi mata duitan. Bukan nak tamak,
tapi aku fikir mak and adik2. Berapa lama kerja baru nak bagi duit kat
diorang?? So baik aku buat cara tak lambat tapi selamat. Hehehe.
KENA MARAH DENGAN AGEN
Khamis hari tu aku pergi
interview untuk 2 permanent position. Dekat bangunan wisma MCA. Assessment dia
bagi ok. Aku jawab sendiri. Ada calculation, writing (formal letter to
customer), oral interview, behavioural test. Semua lepas, yang writing tu je
aku buat 2x. Tapi aku kena pergi interview lagi sekali direct dekat bank
company tu. Cuma tarikh untuk next interview hari lain pulak.
Dalam tempoh aku kat sana, agen
yang 1st job tu asik call aku. Tak dapat aku, dia call rumah so mak
yang angkat. Marah2 dia sebab aku tak angkat. Mak aku cakap aku tak nak job tu.
Lagi dia marah. Settle je kerja aku kat wisma MCA, aku call agent tu balik,
then dia cakap nak call aku balik.
Dia call aku marah2 sebab aku tak
angkat call dia. Aku pun cakap aku pergi ambil jubah untuk konvo, sebab tu aku
tak dapat angkat call dia. So dia start marah2, dia cakap aku punya attitude
tak bagus, dia kutuk aku punya result. Jap nak buat conversation sikit dengan
dia.. lebih kurang camni laa...
THE CONVERSATION
Agen: haa..rz nape I call u xangkat?
Rz: i pergi amek jubah, bz sikit. (terpakse bohong nak jaga ati
dia, last2 ati aku dia xjage..kui.kui.kui)
Agen : u nak job ni ke x? Kenape mak u cakap u xnak? Kalau xnak lebih
baik u xpyh datang interview aritu? U menyusahkan i, u buang masa i. I ni nak
tolong u dapat job tu. I tau u nak konvo isnin mgu depan. I lepas kan u sehari
untuk bg u konvo. I tau tu hari bahagia u. Tapi esok ni nak start training.
Kalau u xnak i nak bg kat orang
lain?
Rz: i bkn xnak tapi i ada hal mgu depan. I nak konvo n i kena
blk kampung (SPA, tp aku xgtaw pasal tu, kang dia mencarut plak?hahaha). so i
xnak skip training byk hari.. menyusahkan orang. Lagipun training 2weeks, nanti
i byk t’tgl. I mmg nak call cnfirm blk...............
(Aku memang xsempat nak defend
diri, dia asik potong aku)
Agen: memang u menyusahkan orang lain n u menyusahkan i. I nak tanya
ni, result u 1st class ke?
Rz: 2nd class.
Agen: haa.. u ingat dgn result
cmtu u sng dapat kerja ke? Tak ada sapa nak amek u kerje dgn result macam tu..?
sekarang ni ramai budak pandai2, u ingat ley compete dgn diorang ke? I ni dah
banyak tolong u tau? Sekarang ni sape yang nak keje?? U ke, mak u?
(ciss dia kutuk result aku..!!)
Agen: i nak blacklist u dari
apply job dlm company and agency ni, u x kisah ke?? Klu i blacklist u, u xboleh
apply job dlm company n agency ni lg
tau?
(dia ugut aku??)
Agen: esok u cuma duduk training
jer.. bukannye buat kerje trus..?? i xsuruh u angkat call, buat keje.. i Cuma
suruh u duduk dengar jer.. yu pun susah ke?
Bla..bla..bla.. aku pun xingt ape
dia kata..*dia guna bahasa saya-awak. Aku tukar i-u sbb nak cpt..hee
Aku just mintak maaf, aku mengaku
tu salah aku. Aku cakap aku paham apa dia cakap. Aku iya kan je. Aku cakap
benda2 camni xkan berlaku lagi..
Lepas aku habis borak dengan dia,
mak aku call pulak, mak aku cakap orang tu tepon lagi. Aku pun bagitahu, yang
call tu cuma agen, dia bukan staff company tu. Saja guna nama company tu nak
takutkan mak aku. Ada ke dia marah2 mak aku. Dia paksa mak aku jawab soalan dia
‘kenapa aku tak nak job tu??’. Memang biadap. Puas mak aku elak. Lepas aku
cerita semua kat mak, mak aku bengang jugak laa. Mak aku cakap, kalau dia call
lagi, mak aku nak sound balik.
Sebab aku rasa bersalah jer aku
tak nak lawan balik. Kalau tak aku sembur jugak. Orang camtu jangan bagi muka,
bagi kaki je.. dah geram sangat dah gayanya ni...hahaha.
0 comments:
Post a Comment