Showing posts with label Produk Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Produk Kesihatan. Show all posts

Monday, June 15, 2015

DETOX AR-SINAR GABUNGAN 30 JUZUK AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

Semalam masa OTW nak hantar barang kat adik, aku ngan OPPA sempat singgah Giant Kuantan, Pahang.. Plan nak cari barang kat adik, tapi dah tersasar plak niat kami ni.. ish3.. loklaq sungguh..

Kami TERbekenan dengan satu produk DETOX ni.. Kami beli RM100.00 ada dekat 12 botol kalau tak silap aku lah.. Aku bawak 2 botol p hostel, yang lebih ada kat OPPA.. Kat bawah ni aku copy paste info pasal produk ni.. Maklumat lanjut hangpa buleh KLIK SINI..hehehehe.

Sumber dari Facebook

Air Detox Ar Sinar adalah minuman kesihatan organik yang dapat membuang segala toksid,asid dan sebarang jenis keracunan. Ia telah di kaji oleh professor dari negara China, Taiwan, dan Jepun dengan menggunakan bahan seperti Mutiara dan Galian Laut yang telah di rawat boleh terus menyerap masuk ke dalam darah, seterusnya di hantar ke seluruh badan. Keistimewaan air ini telah di gabungkan dengan 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Fungsi utama

1- Meneutralkan asid, toksid, dan sebarang     keracunan dari makanan.
2- Melancarkan perjalanan darah dan penghadaman masalah.
3- Mengekalkan kealkalian rendah darah kerana air Detox Ar-Sinar ini beralkali, dapat meneutralkn gastrik asid dan uric asid dalam badan serta meningkatkan metabolisme.
4- Membekalkan kalsium untuk menguatkan dan mencergaskan tisu-tisu sistem endokrin, pembekuan darah.

Faktor-Faktor Yang Menjadikan Makanan Berasid

Pemakanan seharian kita mengandungi asid kerana pelbagai bahan kimia seperti bahan pengawet, pemanis tiruan, kafein, pewarna, dan juga asid dicampurkan agar makanan nampak lebih menyelerakan dan tahan lama.

Antara lain penyakit yang di sebabkan oleh asid atau kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

-GOUT, RADANG SENDI
-GASTRIK, MEDU, ULURAN
-KENCING MANIS
-RESDUNG, ALERGIK
-PENYAKIT JANTUNG
-OBESITI
-DARAH TINGGI
-BATU KARANG
-BUAH PINGGANG
-MIGRAIN
-OSTEOPOROSIS
-SARAF

Air Detox Ar-Sinar ini juga boleh di gunakan untuk kegunaan luar, seperti:

-Rabun mata/ katarak mata (titiskan)
-Bayi yang kena penyakit kuning (lapkan keseluruh anggota badan)
-Alergik, resdung (basuhkan)
-Sakit gigi (kemam 10minit)

Air Detox Ar-Sinar ini juga di gabungkan dengan 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Khasiat Gabungan 30 Juzuk Ayat Suci Al-Quran

-Ketenangan jiwa
-Penyembuhan rohani dan jasmani
-Perlindungan diri dan penawar sihir
-Keberkatan diri dan harta
-Penerang hati dan pelembut jiwa
-Mengurangkan sifat nakal dan degil
-Menjadi anak soleh dan solehah
-Mengeratkn kasih sayang suami isteri
-Kurangkan panas baran
-Membentuk rumah tangga bahagia
-Ikhtiar mendapat zuriat yang baik

JADIKANLAH MINUMAN DETOX AR-SINAR INI SEBAGAI MINUMAN HARIAN ANDA UNTUK MENCEGAH DARI SEGALA TOKSID DAN ASID YANG BERBAHAYA DALAM MAKANAN HARIAN KITA. INSYAALLAH...TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T.


Friday, June 12, 2015

GAMBIR SARAWAK ASLI

Sambungan dari entry lepas, kat sini aku nak citer skit pasal Gambir Sarawak (Asli).

Gambir Sarawak Asli dihasilkan dari getah pokok gambir yang hanya boleh didapati dihutan dara dalam daerah marudi Sarawak, Ia amat berguna diwaktu kecemasan siang atau malam.

Sumber Internet

Faedah Getah Gambir Sarawak:

1. Untuk melegakan sakit gigi
2. Terpijak paku
3. Bertindik (tebuk telinga)
4. Disengat binatang seperti tebuan, kala jengking, lipan dan sebagainya.
5. Terkena sengatan ikan yang berbisa
6. Sakit perut, keracunan makanan, kanser perut
7. Najis berdarah, muntah-muntah, sakit dada
8. Luka yang parah
9. Untuk tahan lama semasa mengadakan hubungan kelamin (untuk lelaki)
10. Resdung dan Alergik kulit (aku bekenan sebab ni, aku ada resdung tapi aku tak try lagi tak ada masa)



Cara-cara menggunakannya:

1. Potong Gambir Sarawak sedikit dan letakkan ditelapak tangan, kemudian campurkannya dengan air bersih dan gosok hingga menjadi cecair, selepas itu sapukan pada tempat yang terkena sengatan tadi.
2. Untuk bahagian dalaman, kikis dan kedalam air, minum 3 kali sehari airnya.
3. Untuk bahagian luar kikis dan sapu ditempat yang sakit.
3. Untuk resdung, buat macam kat atas tadi tapi gosok kat tulang hidung selama 3 hari berturut-turut sebelum tidur. Insyallah.


Sunday, April 26, 2015

MINYAK HABBATUSSAUDA

APA ITU HABBATUSSAUDA..??
Biji Habbatussauda yang halus

Habbatus Sauda' atau dalam bahasa melayunya lebih dikenali dengan nama jintan hitam dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan) (berbelit-belit lidah baca. hehe..) tetapi tidak semua spesis boleh digunakan untuk perubatan. Spesis yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah Nigella Sativa yang mempunyai biji yang lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. SUMBER: blog Farahinlee


Menurut Hadist riwayat Imam Bukhari riwayat dari Aisyah ra. Bahwa ia pernah mendengar Nabi SAW yang dalam sabdanya berbunyi "Sesungguhnya dalam habbatussauda itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali as-sam atau kematian"

Habatussauda mengandung aneka vitamin, mineral, protein nabati, juga asam lemak tak jenuh. Habbatussauda juga mengandung asam lemak esensial yang penting bagi kesehatan kulit, rambut, selaput lendir, pengendalian tekanan darah, produksi hormon dalam tubuh, dll.

Selain kandungan bahan-bahan alami tersebut, habatussausa juga mengandung nigellon, yang termasuk dalam kategori zat anti-oksidan alami, seperti vitamin C dan A. Habatussauda juga mengandung glutathion yang memeilki peran fundamental dalam melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. Sejumlah hasil penelitian yang dipublikasikan baru-baru ini menyatakan bahwa fungsi protektif Nigellon mampu melindungi tubuh dari berbagai bahaya zat-zat asing.


UNSUR-UNSUR KIMIA DALAM HABBATUSSAUDA 

100 gr Habbatus Sauda’ mengandung zat-zat sebagai berikut:

1. 13,19 gr air 6. 6, 2 mg niasin
2. 9,17 gr protein 7. 3,6 gr fiber
3. 9, 12 gr lemak 8. 8,7 gr abu
4. 80,10 mg kalsium 9. 463 kalori
5. 20 mg vitamin A

 SUMBER: Arrahmah website


Terdapat banyak khasiat di dalam Habbatusauda yang perlu kita manfaatkan pengambilannya. Cuma cara menggunakan agak berbeza mengikut penyakit. Minyak Habbatussauda boleh disapu di bahagian sakit atau diminum begitu sahaja mengikut jumlah kuantiti yang sepatutnya.

Terdapat jenis serbuk dan kapsul turut dijual. Boleh diamalkan dengan cara yang bersesuaian.

Kalau nak makan biji terus pun boleh, tapi makan dalam jumlah yang ganjil. Seelok-eloknya 7 biji dikunyah.

Minyak Habbatussauda

Ni yang aku beli kat kedai RM15



CARA PENGAMBILAN HABBATUSSAUDA :

CARA AKU CONSUME

2-3 titik sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Boleh dibancuh bersama madu/air/minum begitu sahaja.

Aku tuang 3 titik dalam air ataupun minum macam tu jer.. Madu tak beli.. Rasa dan bau dia lain sikit tapi aku ok jer,, Bau macam kayu skit, hangit2, nak cakap bau daun pun tak jugak.. Rasa dia not bad, lepas telan kurang la rasa dia.. Bagi yang tak tahan kena minum dengan madu.. Oppa cerewet sebab tu dia senang demam.. 


CARA MERAWAT CANCER

Campuran Habbatus Sauda' dan madu asli (lebih berkesan)
Campurkan 1kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1kg madu asli.
Panaskan selama 15 minit.
Kemudian campurkan 1/2 cawan jus lemon.
Minum bila dah sejuk.

Baca Surah al-Fatihah
Ayat Qursi [2:255]
Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
Surah al-Hasr [59:21-24]
Hembuskan bacaan pada campuran tadi.
Ambil dua sudu teh campuran ini setiap pagi sebelum sarapan.
Amalkan selama 3 minggu atau lebih sepanjang rawatan radiotheraphy/chemotheraphy atau Hembuskan bacaan diatas pada minyak Habbatus Sauda'. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' ini setiap hari.

  
CARA MENCEGAH CANCER

Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji atau 1-3 capsule Habbatus Sauda' setiap hari sebelum sarapan atau Campuran.
Panaskan 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' dalam kuali.
Kemudian campurkan 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus (serbuk pun boleh).
Gaul dengan 1 sudu teh royal jelly then angkat.
Simpan di tempat sejuk.
Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. 
Amalkan selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dosnya kepada 2 kali sehari.

SUMBER : blog Farahinlee



Saturday, April 25, 2015

KHASIAT PATI DELIMA (GULSAN)


Pati delima (Gulsan) RM14, kuantiti 250ml

Pernah minum tak pati delima ni?? Benda ni dah lama sangat, mak aku pun beli jugak.. Tapi aku ni jer belum terbuka pintu hati nak cuba..?? Sebabnya aku kurang ilmu pasal benda ni..??

So bila aku dah kutip banyak info dari google baru la aku start nak consume pati ni.. Rasa dia memang taste akulaa.. Aku suka minum tak sabar nak tunggu waktu pagi dan sebelum tidur malam.. kalau boleh minum ikut suka hati memang aku hentam sampai licin.. Minum macam nyonyot botol susu lak tu..??hahahaha. Emmmm.. tapi Oppa tak berapa suka rasa dia.. Sebab Oppa tak suka makan masam2.. Bagi aku tak masam sangat pun.. 'Manis madu' dia cukup boleh cover masam tu.. Susah nak pujuk Oppa minum secara konsisten..


CARA MINUM :

1 Susu besar sebelum sarapan
1 Sudu besar sebelum tidur

(bagi orang tua kena minum 3x sehari, ni tuan kedai tu pesan kat aku)


KHASIAT PATI DELIMA :

Ada banyak lagi khasiat lain tapi ini jer yang muat dalam note pad aku pun.

Untuk botol kedua aku beli brand (Kavaklider) lain pulak sebab murah RM1 dan kuantiti lebih sikit dari brand Gulsan, which is 350g lebih likat lagi.. Jenis botol sama jer.. Tapi rasa dia tak boleh lawan Gulsan.. Oppa lagi tak suka minum.. So next time kena beli Gulsan semula..


Aku beli RM13, kuantiti 350g


Aku pun ada beli minyak Habbatussauda botol kecik RM15, khasiat memang bagus.. Nanti aku update.



 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys