Monday, March 25, 2013

ALIEN SNAIL


Tengah dok seronok kemas pinggan mangkuk, tiba2 da siput bertenggek kat piring ni.. geli tengok.. tapi sebab dia ni baby la, cute la pulak.. aku pun cepat2 ambil gambar.. JAKUN SEKEJAP.. hehehe.. ni aku edit tambah grafik2 haru kat siput ni..heheheh. gambar ni aku ambil tahun lepas.. 

sebenarnya banyak lagi gambar yang aku dah edit untuk aku kongsikan dalam blog ni dari tahun lepas lagi.. tapi aku tak sempat sangat.. so aku akan cuba pos semua yang ada.. INSYA'ALLAH.. 

DEMAM



Cuaca sekarang ni tak menentu.. kejap hujan lebat, kejap panas terik.. yang best time hujan, tak payah susah2 nak siram pokok dan tidur jadi lagi sedap..hehehe.. yang best time panas, baju cepat kering..
Tapi ada 1 yang kureng time cuaca tak menentu ni.. DEMAM..!! ya, aku demam.. sebelum ni aku susah nak dapat demam.. kalau demam pun 1 hari jer.. tak payah nak jumpa doktor..

Aku tak sentuh hujan pun.. hujan pun tak sentuh aku.. tapi macam mana aku boleh demam ni..?? kalau tak pernah alami sesuatu penyakit, tapi bila sekali dapat memang seksa..

Kepala memang sakit lain dari biasa.. rasa macam nak pecah.. urat kepala rasa nak putus.. time2 macam tu baru terpikir nak potong rambut sampai pendek, tak pun botakkan saja.. sebab memang mengganggu sangat.. panas dan rimas..

Kalau demam boleh dapat selesema.. tapi kali ni aku tak kena.. Cuma tersumbat hidung.. ingatkan yang ni lagi baik dari selesema kahak, rupanya tak.. walaupun tersumbat hidung, tapi masih ada sikit bendalir pada saluran tekak, trakea (apa2 yang korang suka sebut..) yang tak bagusnya, bendalir ni tak boleh buang.. aku rasa ada sesuatu, tapi bila nak buang tak ada.. tu yang buat aku geram dan tak puas hati..

Belakang leher rasa sakit.. sebab aku tidur kepala dongak ke atas dan ke tepi sebab hidung tersumbat buatkan aku kena cari posisi tidur yang selesa sikit.. lengan, belakang badan pun sakit jugak.. kadang2 aku guna lengan untuk lapik kepala nak bagi tinggi sikit.. sebab bantal buatkan kepala aku sokmo terbenam..

Aku usahakan jugak bagi badan jadi berpeluh.. nak cepat sembuh.. malam kedua aku start belasah ubat klinik mak aku.. banyak jugak ubat dia (selalu sangat demam).. aku makan ubat demam (tak sampai 5 minit dah berpeluh), ubat sakit kepala (memang lega, tapi temporary laa), ubat selesema, dan ubat batuk.. hari kedua demam aku pergi puasa pulak (sebab tak tahu boleh jadi sampai macam ni).. lagi seksa..

Aku hilang selera makan.. makan roti pun dah cukup kenyang.. special sungguh juadah buka puasa aku.. sob.sob.sob..

Setiap penyakit tu ada hikmahnya.. menghapuskan dosa.. banyak sungguh dosa aku.. haisshhh.. aku terima dengan sabar..


E-DAY


15.DECEMBER.2012
SATURDAY
HOMETOWN

Hari ni aku bertunang.. nervous tu sikit jer.. risau kalau majlis berjalan tak lancar.. Pagi2 lagi sedara mara dah datang.. kelam-kabut sikit.. banyak kerja pagi ni.. 

MAKE-UP
Make-up mula2 mak sedara aku buatkan.. lepas tu aku cuci dan make-up sendiri.. sebab dia make-up kan aku menakutkan sangat dah muka aku ni.. bulu kening aku jadi tebal macam beluncas.. eye shadow untuk mata BERglitter sungguh.. naseb aku ada kawan2 yang datang support aku dari menangis..

PIHAK ROMBONGAN LELAKI
diorang datang lewat sikit sebab tak tahu jalan..hehehe.. semua tiga biji kereta.. bincang2 pasal wang hantaran.

HANTARAN
lima balas tujuh.. hantaran aku pelik sikit.. macam2 stail.. buat last minit..

SARUNG CINCIN
bakal mak mertua naik bilik atas sarung cincin.. lupa nak cakap, aku tak buat pelamin.. bilik jer aku hias.. tu pun pakai yang kenduri abang aku bulan lepas.. aku dapat cincin merisik dan tunang.. maknanya kiri kanan ada cincin.. segan jugak time tu sebab tak biasa lagi dengan bakal mak mertua.. lepas tu sesi bergambar.. aku upah kawan sekolah aku shoot picture hari tu.. 

JAMUAN
makan simple2 jer.. tak ada khemah2.. cuma makan kat dalam rumah dan luar rumah.. sediakan kerusi jer.. tak pe nanti kenduri kawin buat power sikit.. heheheh..

syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. adik aku yang belajar kat UKM dan abang dengan kak ipar aku tak balik time tu.. so kurang meriah sikit laa.. selesai majlis aku tolong kemas2 semua pinggan mangkuk, barang tadi.. kesian kat mak kena buat sorang2 plak.. naseb adik aku yang bongsu tu ada..

setel semua aku balik KL dengan family tunang aku.. menumpang jer.. sebab esok aku kerja..

beberapa keping gambar yang ada..



barang hantaran pihak lelaki


syok sendiri..


barang hantaran pihak lelaki


PROBLEM BEFORE E-DAY


BARANG/BAHAN
Macam yang aku ceritakan sebelum ni, hantaran+doorgift+baju memang bermasalah sikit.. bukan takat tu jer selepas tu pun ada..

Bahan hantaran ada yang tak cukup lagi, kena pergi beli semula.. kek pun tak beli lagi.. banyak lagi barang untuk pihak lelaki yang belum ada.. Cuma tinggal sehari je lagi.. tudung nak dipadankan dengan baju pun belum cari lagi.. mak pulak yang bising2.. lagi la tension..

Malam tu jugak cari semua barang kat tesco.. beli chocolate Ferrero rocher, Cadbury, cake, buah, tudung/selendang.. kebetulan kawan aku Diana ada.. lega sikit.. dia tolong mana yang patut.. trimas banyak2 kat dia sebab sanggup datang jauh2 dari Terengganu..

Balik dari tesco, kitorang (aku, Diana dan adik aku) pakat pulun buat hantaran.. daun sirih yang tok wan hantar siang tadi, kitorang proses ikut suka hati.. sebab memang dah tak reti dah.. aku tidur lambat dan orang paling last.. siap kemas satu rumah..

KATERING/MASAK SENDIRI
Ni pun satu problem jugak.. mak confuse tak tahu nak buat yang mana? Mak nak ambik catering, tapi rugi pulak sebab tetamu tak ramai, tapi harga caj macam tetamu datang dekat 1000..?? lagipun dah lambat sangat nak booking.. last minit orang tak layan sangat sebab tempahan dah nak full.. 

Lepas tu mak nak masak pulak..???tapi kejap2 tak jadi, kejap2 jadi.. mak takut tak sempat.. tak larat.. last2 kitorang masak jugak.. sediakan semua bahan nak masak untuk jamuan esok.. teruk dapat, penat pun dapat..haa..

Makcik aku ada datang tolong masak jugak.. TRIMAS!!
Cukup untuk hari ni..heheheh..



BARANG HANTARAN – DIY



Pasal barang hantaran, mak ada cadangkan sewa jer.. tapi aku tak nak.. mahal.. baget aku pun kecil jer.. so aku nekad nak buat sendiri..
Barang2 semua aku cari kat alor setar jer.. kat kedai rainbow, kedai kain kamdar dan kedai kek sayang..

Senarai barang dan harga:

  1.              Cake board                         RM1.20/each
    2.       Sponge                                RM2.00/packet                
    3.       Fabric (maroon)                   RM1.00/meter                                 
    4.       Border/list                            RM6.50/meter
    5.       Ribbon                                  -
    6.       Glue gun                              mak punya
    7.       Basket (white)                     RM12.00/set 3
    8.       Fruit basket                         RM4.00/each



    Ini bahan-bahan DIY


    1. balut cake board dengan sponge. 2. balut lagi sekali, tapi dengan fabrik (kemaskan). 3. kalau bawah tu nampak tak kemas, tampal or cover dengan paper or fabrik yang sesuai. 4. dah siap, last sekali lekatkan list/border apa2 yang korang suka kat bahagian tepi cake board.
     

    Dah siap..!!

    P/S: bahan2 ni ikut senarai yang warna pink tu..

BARANG TUNANG



Tinggal berapa minggu je lagi aku nak bertunang.. satu barang pun aku belum beli lagi.. sengkek.. risau jugak laa sebab benda ni tak boleh beli or cari last2 minit.. nanti tak sempat nak survey kang dah rugi duit.. lepas tu pulak, barang yang kita cari last2 minit ni kadang2 tak ada.. jangan nanti beli barang tak ikut plan pulak.. kang apa pun tak boleh...!!!

Aku senaraikan barang nak beli.. contoh:

1.       Barang2 nak buat hantaran
2.       Baju dan tudung tunang
3.       Barang untuk door gift
4.       Barang hantaran untuk pihak lelaki

Tengok macam sikit jer kan?? Cuba try test pikir barang apa kena ada untuk setiap senarai kat atas tu??? Dalam sehari belum tentu boleh setel semua..
Benda ni aku kena buat seorang.. mak kat kampung.. nak tak nak aku kena suruh jugak OPPA datang sini.. jadi driver aku..

JALAN TAR
First sekali kitorang pergi kat JALAN TAR, nak cari baju.. kat situ ada  banyak choice.. orang macam aku ni dah tak sempat nak main tempah2 dah.. semua kena beli yang dah siap jer.. dalam otak ni pikir nak warna turquoise la, biru muda laa, maroon laa, kuning cair laa macam2... tapi bila jumpa  baju yang lawa, warna pun lawa, saiz pulak yang tak ada.. geramm..!!! kadang2 tu detail or jahitan tak kemas tapi letak harga mahal.. OPPA pulak dah bising.. sebab aku tak tetap pendirian.. kejap nak tu, nak ni, nak yang tadi balik..

RUGI
Puas kitorang berjalan cari baju.. cuaca pulak tak mengizinkan kitorang shopping lama2 sebab hujan.. lastly, jumpa jugak.. kedai tu memang banyak pilihan.. semua baju yang aku tengok aku nak.. tapi yang aku pilih ni style jubah.. harga boleh tahan laa.. padan muka aku.. OPPA tolong support jugak.. masa musim nak raya haji tahun lepas aku perasan memang ada banyak baju kurung moden, jubah dan macam2 lagi diorang jual murah2.. RM100/sepasang.. ruginya aku tak beli time tu.. sibuk shopping kat benda tak ada faedah.. menyesal..
Barang untuk door gift memang tak sempat cari.. so aku pikir buat time balik kampung nanti.. barang hantaran pun tak sempat cari..

POLO
Aku sempat belikan t-shirt polo untuk OPPA.. tu pun guna voucher parkson yang aku dapat masa menang game (annual dinner).


SAMPAI SERU/MAK SERU


Raya tahun lepas 2012, mak OPPA dah start tanye pasal future kitorang.. “bila nak BERTUNANG..??” Bincang punya bincang tak ada penyelesaian jugak (between me and OPPA)..  

Once upon a time, Mak OPPA buat open house.. aku turun padang nak tolong2.. ramai jugak tetamu datang.. segannya.. orang tanya status aku, aku tak tahu nak jawab apa?? Aku jawab yang aku ni kawan anak tuan rumah.. saja datang tolong.. ramai orang pandang pelik.. mana taknya, anak perempuan diorang dua jer.. muka tu jugak diorang jumpe tiap2 tahun.. tapi tahun ni muka orang lain.. ternganga sikit...hehehe..
Esok paginya time breakfast dengan mak OPPA. Hanya aku, mak dia dan adik bongsu dia (nampak tak permainan dia disitu???).. aku dapat soalan cepu emas.. “mak tau ke awak kawan dengan sapik..??? bila korang nak bertunang..???” aku terpana... apa aku nak jawab??

Yang lucunya mak dia cakap, mak dia berkenan kat aku, dan dia tengok aku ni tak ada masalah apa.. Cuma kalau boleh tak nak orang cakap bukan2 jelaa.. aku ngan OPPA ni nak cakap macam belangkas tak la jugak.. sebab kitorang ni jarang jumpa.. tapi kalau dah jumpa macam tak ingat rumah.. OPPA stay kat TEMERLOH kerja sana.. aku intern 5 bulan kat KL.. so tak ley laa nak jumpa hari2.. kalau jumpa tu, macam2 nak cerita, nak sembang, nak gossip, mengumpat...

Aku jawab tak tahu lagi.. nanti bincang semula dengan OPPA.. mak dia pun mintak cepatkan bincang pasal tunang.. OPPA suka sangat, kalau boleh dia nak lagi cepat.. Cuma dia tunggu keputusan aku jer.. anytime aku dah ready, dia ON.. problemnya aku kena bagitahu kat mak aku dulu.. tapi macam mana?? Aku segan pulak dengan mak.. nanti mak cakap aku ni dah gatal sangat..!! (tapi memang pun..hehehehe) . lagi satu, aku ni belum ada kerja.. fulus pun tak ada..haa..

Akhirnya, aku cerita jugak kat mak (before tu, aku bagitahu kat adik2 aku dulu..hee. mintak opinion and suruh diorang jadi orang tengah..hehehhe). mula2 mak tak bagi.. tapi lepas dia pikir secara kreatif dan mendalam, dia setuju.. dia tanya bila rombongam meminang nak datang? So berbalik kepada OPPA soalan tu.. OPPA dah tanya parent dia, so diorang setuju nak datang bulan 12.2012..

Tarikh yang aku dan OPPA pilih untuk majlis tu 15. December. 2013.. YESS..!!! aku ambil cuti..




MAKAN-MAKAN



Macam2 aku makan time intern kat sini.. dari appetizer sampai laa dissert.. semuanya aku pulun makan.. pantang nampak kek, pantang nampak pudding, pantang nampak yang bercoklat, semua aku punya..haa. berat dari 58kg melonjak secara mendadak sampai cecah 65kg.. ape giler..????









Saturday, March 23, 2013

FRUITS DAY


Tiap2 hari Jumaat kat company ni adalah FRUITS day...!!!! hahahah.. macam2 buah ada.. rotate tiap2 minggu.. sekali dapat tiga jenis... suke nyeww......tak pernah miss.. aku mesti tapaw bawak balik.. biasa akak tea lady tolong packing kat aku.. aku baik dengan dia..hehehe..


sekarang ni dah tak leh dapat camni lagi... aku dah habis intern... sob.sob.sob..

Friday, March 22, 2013

FAREWELL



Hujung bulan 1 aku last intern kat company tu.. so 29.Jan.2013.. staf SCM ada buat sambungan engagement bulan 12.. dalam meeting ni cuma bangkitkan isu2 bulan lepas yang kitorang bincang.. untuk tengok progress.. pasal kerja2 yang lain2 jugak..

Untuk event tu aku ada bawak muffin.. order kat bakal mak mertue (off course la sedap)..hehehe.. sekotak buat kenduri kat opis..2 kotak lagi untuk meeting tu.. habis orang sapu..


sedaaapppp...!!!! <3

Dalam meeting tu ada celebrate staf nye birthday.. Guess what?  Secret recipe lagi..heheheh

Meeting hari tu lunch nasi arab.. memang sedap.. kat company ni, kalau tiap kali ada meeting mesti ada makan2... tak kisah la time breakfast ke, lunch or minum petang.. tapi aku paling suka time lunch laa.. sebab heavy sikit.. selalu meeting aku dapat spaghetti, nasi arab, ayam penyet wang solo, Kenny rogers roster, macam2 lagi laa.. sampai dah tak ingat aku makan apa time meeting..

Before nak tutup majlis tu, ada farewell gift dari staf untuk kitorang.. aku dan irina dapat barang dari brand top shop and sephora.. ada 1 set barang mandi, lotion, lip balm and lip liner..



Lepas tu diorang mintak kitorang bagi ucapan.. “I hate this part like this”.. rasa nak menangis masa bagi ucapan tu.. walaupun ada waktu yang pahit aku lalui kat sana, tapi kenangan manis yang best2 memang banyak.. tambah pulak semua orang baik dengan aku.. Supervisor kitorang pun bagi komen pasal prestasi kitorang kat situ..



Habis meeting terus balik.. aku singgah opis dulu ambil beg dan barang2.. penat nak jalan dari KLCC ke HLA..

SCM ENGAGEMENT



Supply Chain Engagement ni sebenarnya dari action plan yang kitorang buat waktu team building dekat bukit tinggi.. dalam action plan tu, ada main problem, obstacle, and planning (lebih kurang macam tu laa.. aku pun tak ingat sangat).. yang ni kitorng buat khas untuk department kitorang jer.. department lain pun ada jugak tapi sendiri2..

Untuk event ni, aku dan Irina terlibat.. cari hotel, buat slide show macam tu laa.. ada orang supervise kitorang  jugak..

Ada 3 pilihan hotel dalam senarai cadangan staf.. Grand hyatt, Impiana hotel and lagi 1 kalau tak silap diorang nak buat dekat hotel area putrajaya.. hotel yang berjaya terpilih adalah........ IMPIANA HOTEL..!!!! Dekat sangat dengan KLCC.. tapi aku hampir sesat jugak..heheheh


Aku suka makan jer.. breakfast, tea time, break, lunch semua aku suka...makan. makan. makan...!!! aktiviti yang ada, setiap group keluarkan idea ataupun apa2 jer pendapat yang ada.. contoh, masalah2 yang wujud dalam team tersebut.. apa yang menghalang diorang untuk rasa selesa bila bekerja dalam company tu? 
Adakah sebab orang atasan? Tiada penghargaan? Department/team yang dibahagikan kepada 2 tempat work station yang berbeza (bangunan lain)? Lebih kurang macam tu laa.. lepas tu cari pulak jalan penyelesaian macam mana nak atasi masalah tu.. senang jer.. tulis atas kertas mah-jong pastu present..




Farewell untuk staf yang habis kontrak.. ada kek.. yang ni kureng sikit sedap dy.. time break tu, kitorang semua bergambar as a team..

Ada ‘ceramah’ sikit dengan top management pasal work culture.. lastly, wrap semua yang dibincangkan awal2 tadi.. bos department kitorang yang  wrap semua tu..
Aku balik dengan senang hati... heee..



ANNUAL DINNER



24.Nov.2012  (SATURDAY) at Berjaya Time Square Hotel. Time 6.00 – 12.00 am.. 

yes.. malam tu annual dinner.. tema kingdom ball-fairy tale.. konon2nya aku ni nak jadi RED RIDING HOOD.. costume yang aku tempah tu aku tak jadi ambil.. burn terus deposit tu.. so tak jadi la red riding hood sebab mantel takda..

OUTFIT
Malam tu aku pakai baju putih tangan kembang macam aladin.. wekk..!! long skirt warna merah cili.. selendang merah cili jugak, sponsor dari housemate (pinjam jap..hehehe). nak pakai selendang tu pun seksa.. licin sangat.. pin pun cepat tercabut.. Lama sungguh aku bersiap.. OPPA sanggup tunggu (kena bebel jugak takut aku lambat..) time kuar dari rumah dengan baju yang ntah apa2 tu, OPPA tolong cover aku.. aku jalan ikut belakang dia.. dia asek kutuk perut aku buncit... kutuk2 pun aku sayang sebab dia tolong adjust pinggang skirt bagi cover perut.. kadang idea2 dan opinion dia lagi matang dari aku.. bagus betul otak dia..Thank you!!

BIRTHDAY OPPA
Lupa nak cakap, 24.Nov birthday OPPA.. takda present nak bagi.. duit semput.. sob.sob.sob.. malam birthday tu, aku wish birthday kat dia time kitorang tengok wayang kat temerloh..aku pergi sana dulu, esoknya baru la kitorang bertolak ke KL.. Movie malam tu ‘TWILIGHT-BREAKING DOWN PART ll’.. memang ngam2 movie tu kuar time birthday dia.. bagus jugak la dia suka cerita tu.. risau jugak kalau spoil mood dia.. sedih sungguh movie tu.. aku naik sebak.. final pulak tu.. yang dia pulak, rasa tak puas hati ending movie jadi macam tu.. dia memang harap sangat family Aro tu mati..



THE JOURNEY
kebetulan dia ada, so dia laa yang hantar aku pergi sana.. jalan memang jem.. risau jugak kalau tak sempat sampai.. Alhamdulillah sempat jugak sampai.. time aku nak masuk hotel tu, OPPA sempat pesan “perut tu cover.. tahan nafas..tahan nafas... jangan makan banyak sangat..” awal2 tadi pun dia bebel jugak sikit, “kalau dah tahu perut tu buncit, jangan la pakai baju yang nampak perut.. makan banyak tak beringat...itu laa rz, kalau orang cakap buat tak pelik jer..” aku balas dengan senyuman kerang busuk.. ngee~~ pastu, dia pergi jumpa kawan dia sementara tunggu aku balik.. malam ni aku nak balik kedah sebab esok abang aku kawen.. sekali lagi aku perlukan OPPA untuk hantar aku kat STESEN PUDU..

THE EVENT
Aku masuk sekali dengan Liyana.. berdebar2.. macam nak lari balik pun ada jugak.. tapi rugi kalau tak pergi.. Liyana pakai costume yang memang fascinating.. mahal dia sewa tu.. dah sampai luar hall we all kena daftar and ambil kad untuk lucky draw pastu masukkan dalam box.. kat luar hall ada 2 set untuk ambil picture.. Background set tu ikut tema event ni.. jurugambar pun ada.. gambar yang diambil tu cuci on the spot.. kira boleh dapat terus laa.. door gift dapat frame yang dibuat dari pewter.. semua orang dressing memang hebat2 belaka.. sampaikan aku rasa aku ni dah macam penjaga pintu je gayanya..sob.sob.sob.. malam tu CEO buat kejutan atas stage.. dia kuar dari pasu besar... start laa speech.. pastu ada game2 and selang selikan dengan lucky draw.. actually aku dapat, tapi sebab aku cabut awal nak kejar bas balik kampung malam tu, aku terlepas.. malam tu host panggil aku dengan kawan2 yang makan semeja dengan kitorang untuk main game kat atas stage.. kitorang battle dengan budak2 smeja Irina.. kakak irina pun ada.. dia jadi partner Irina untuk event malam tu.. game yang kitorang main ni, minum air coke dalam jug sampai habis.. siapa cepat dia menang.. kitorang menang.. dapat voucher RM200 untuk shopping kat parkson.. aku tak reti nak beli apa..?? so aku terpikir nak guna voucher tu untuk beli something kat OPPA sebagai hantaran time majlis tunang kitorang nanti.. tak pernah aku bagi hadiah mahal2 kat dia selain handphone baru yang aku pakai kejap tu..(tu pun model yang cikai...)
Door gift (pewter frame), free picture..

THE FOOD
No comment..!!! kalau dah namanya hotel.. takkan nasi lemak jer diorang pikir nak bagi time event tu?? Semua aku belasah.. licin..!! kecuali udang karang.. (udang tu besar, so aku tak sure tu udang apa?) aku ni tak makan udang.. so aku pun bagi la kat Liyana.. Untung ler dia malam tu.. memang berbaloi la dia datang malam tu..
MENU: soup, bread, cake, smoke salmon, butter prawn..awwww..!!! 

CINDERELLA
Kenapa Cinderella?? Sebab aku kena lari balik before 12.00am... bas gerak time tu.. OPPA dah bising2.. perli macam2.. aku dah lambat.. dia datang ambil aku dengan kereta kawan dia.. kawan dia pun ada sekali.. aku tak nak cakap dengan OPPA sebab aku merajuk.. menyampah..!!! sampai dekat pudu dia suruh aku pergi tukar baju kat toilet.. cukup time bas pun jalan.. sayu pulak tengok dia kena tinggal macam tu.. bas ni hantar aku sampai duta jer.. pastu tunggu bas lain datang kutip budak kesian ni.......................... aku tidur jer.. macam laa ada kerja lain ley buat dalam bas..?? kroh..krohh..krohh...!!!

best dresser malam tu..

MALU BERTANYA SESAT JALAN


NO EMAIL
Dari mula aku intern kat situ, aku xpenah dapat email ape2 pun dari staf kat situ. Tapi kawan aku selalu jer dapat info2 or invitation dari staf. Pastu dia jugak la yang foward semua tu kat aku. Entah kenapa tiba2 aku rasa macam terrsisih, terabai. Padahal la kan, sebenarnya orang IT belum setting or belum register kan aku lagi..(semput mak..)

REPLY
Kawan aku pun cadangkan aku reply balik email dari “all staff’. Dia percaya yang “all staff” tu laa orang yang rajin dok email kat semua staf. So kitorang pun buat la ayat dalam omputih. Bukan main kau. Then dia suruh aku hantar ikut address tadi (dalam hati aku memang was2 dengan budak ni. Betul ke hantar balik? Rasa macam ada yang tak kena jer?). dia confident. So aku pun click sent. Tu pun puas aku fikir masak2. Ok, Nampak nye tak ada ape2 berlaku? Good.

KANTOI
Tiba2, member aku tadi cakap sorry...”roziiiii............sorry.....” pelik jugak. Aku terus rasa tak sedap hati. Bila masa dia buat salah? Rupa2 nye, email yang kitorang buat tadi tu TERsent kat semua staf. Bukan setakat staf dari KLCC je dapat. Bangunan etika, HLA, Labuan semua dapat. Ini bermakna, CEO, manager2, semua dapat email tu.

FEEDBACK
Yang ‘bagusnya’ banyak feedback. Ada yang positif and bagi suggestion. Ada yang condemn aku. Dia cakap aku ni macam nak semua benda spoon feeding. Come on la aku budak baru kot? Well memang salah aku pun. Aku patut tanya orang lain dulu. Supervisor aku busy sangat, sampaikan dia tak terlayan aku nak bagi task kat aku. Actually memang tak ada task ape2 pun lagi. So aku nak kacau dia pasal benda2 remeh ni macam tak sesuai.

Ada jugak bagi ayat menggatal, tapi sebenarnya orang tu bergurau jer. Dia siap welcome and maafkan aku, sebab dia tahu aku budak baru. After that, ada la pulak mat salleh ni hantar or forward invitation untuk pergi team building. Very nice.

Then ada abang IT datang bagitahu yang aku dah boleh terima email macam orang lain. Dan dia tak lupa nak warning aku supaya aku tak hantar email macam tu lagi kat semua orang. Aku rasa dia kena ‘sound’ dengan orang atas kot? Kesian dia. Sorry la abang..eheheheh.

Since that, aku dah xberani nak hantar email. Every time aku nak sent email, aku akan baca dulu address orang betul2. Tak nak jadi macam tu lagi. Kalau nak gossip dengan member2 pun aku hati2. Kang sampai kat semua orang, habis la aku..hikhikhik.


STAFF GATHERING



Dalam setahun staff gathering diorang buat 2 kali.. semua staff akan berkumpul.. ada speech, game sikit pastu yang best MAKANN...!!!!! hahahaha.. itu yang ditunggu2... GEMOK..GEMOK..GEMOK la ko rz....!!!

SHE’S SO LUCKY
Bertuah sungguh kawan we all seorang ni.. dia jadi host untuk event tu.. Background dia pun advance.. so ambitious budak seorang ni.. dia ada impian nak further study kat oversea.. untunglaa muda lagi.. umur macam aku ni dah patut kendong anak kat umah, layan suami dengan penuh mithali.. trivia budak ni, dia pandai bahasa jepun dan korea.. English tu xpayah cakap la kan.. irina memang DAEBAK!!

THE FOOD
Tak terungkap.. best..!!! rasa macam tak nak balik.. macam2 makanan ada.. kek dari secret recipe pun ada banyak jenis.. tapi aku dapat rasa 1 jenis jer.. yang lain dah habis.. kawan2 aku tapaw kek tu bawak balik..





 sedap sungguh...!!!! masa mula2 datang sini aku kurus je...sekarang dah gemuk...buncit pulak tu... haishh..

TEAM BUILDING @ BUKIT TINGGI:



17/10/12-18/10/13 (WEDNESDAY-THURSDAY)..cewah.. ada team building kat bukit tinggi Pahang. Excited sungguh makcik ni..heheheeh..

Bagi INTINERIES jelar senang cerita..hee
Day 1 – October  17
8.15 am
Staff gather at KLCC Tower 2 lobby area
8.45 am
Starts journey to Bukit Tinggi
10.00 am
Arrival at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
10.00 – 10.30 am
Briefing & refreshments (check – in done prior to arrival)
10.30 – 12.30 am
Team building activities
12.30 – 2.00 pm
Lunch & check in the pre-assigned hotel rooms
2.00 – 5.00 pm
Activities adjourn (with one tea break)
5.00 – 7.30 pm
Free and easy
7.30 – 9.30 pm
Dinner at Colmar Square “White & Khaki” theme
Day 2 – October 18
7.00 – 8.00 am
Breakfast
8.00 – 8.30 am
Photo session
8.30 – 12.00 pm
Activities adjourn (with one tea break)
12.00 – 2.00 pm
Lunch & check – out of hotel rooms
2.00 – 3.30 pm
Activities wrap – up and closing ceremony
3.45 pm
Journey back to KL
5.00 pm
Arrival at KLCC Tower 2

SEAT BELT
Pergi sana naik bas.. semua bas yang kitorang naik ada seat belt.. company ni memang pentingkan keselamatan staff (HSE).. tapi seat yang aku duduk tu tak ada seat belt.. sepatutnya aku kena naik bas no.7.. tapi disebabkan bas tu lambat sangat, diorang suruh aku naik bas no.4.. risau gila.. dah la kena duduk belakang sekali, terhinjut2 bas tu kat bahagian belakang.. rase macam dah tak lambat makcik ni...
Aku tak boleh nak tidur..
Bila dah sampai sana, aku nampak bas no.7 yang sampai dulu.. bila masa pulak bas tu sampai?? Ok kat sini nak cerita sikit pasal Bukit Tinggi dan sebab2 team building ni kena buat..

INTRODUCTION
Located in a picturesque mountain range in Pahang, 3000 ft above sea level. 55km distance from KL city centre.Modeled after an actual 16th century village in Alsace, France,Nearby attractions – Japanese Village, Berjaya Hills Golf & Country Club.
Tak jauh mana sangat pun..lebih kurang sejam je nak sampai..

THE ROOM
At 1st dengar story, budak intern duduk sekali.. tapi sebab ramai yang tak dapat datang dan ada yang datang sehari jer.. oleh yang demikian, we all dapat seorang 1 bilik.. huahuahua.. (jangan dengki..) company ni memang amek berat pasal staff.. setiap seorang 1 bilik.. bilik aku besar.. tapi tak berapa nak cantik.. bilik member aku lagi cun.. view pun cun.. (aku pulak rasa dengki..) takda gambar bilik diorang.. bilik aku ada laa..hehehehe..




ACTIVITY
Semua aktiviti dan game kitorang, ’jungle people’ yang sediakan.. pengaturcara majlis diorang memang DAEBAK..!! ada game ’speed date’..game ni aku tak berapa nak syok sangat.. sebab kena pair dengan orang yang kita tak kenal.. kena cari sendiri pulak tu.. aktiviti ni kena (berapa banyak perkataan ’kena’ nak sebut ni??) susun kerusi secara bulatan dan bertentangan.. makna kata we all kena bertentangan mata.. 1st sekali partner aku seorang pakcik.. tapi aku tak da la sampai panggil dia pakcik (padahal dah tersasul panggil pun..) aku dah lupa nama dia.. roslan kot?? Abaikan dulu..
Game ni we all kena tukar2 cerita kat partner ikut soalan yang diberi atas skrin.. kena jujur..masa seminit..kena ingat nama setiap partner yang we all jumpa.. ingat story diorang jugak.. sebab nanti kena tanya balik.. amek ko mak ngah..!! pusingan pertama soalan dia, ”who is your 1st crush??”....OMO..!!! NG..NG..!!!!

Aku nak cakap takda pun payah gak...nanti nak borak apa pulak??pakcik tu nak aku start dulu.. mengalah je dengan orang tua.. tak mo gaduh2..tak mo..tak mo..tak suke..tak suke..
Aku story yang aku penah crush masa diploma kat KYM (diploma tak habis..) kononnya terhadap senior laa.. aku pun tak sure tu crush ke ape??aku hentam je.. kalau ikutkan aku crush kat artis barat dengan korea jer.. (belasah jer makcik..) pakcik tu pulak story time dia crush kat Universiti dulu.. tapi sebab dia tak berani nak luahkan, dia melepas.. pernah jumpa masa reunion.. tapi wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak..(mestila.. dah lama kot grad...)
Pusingan kedua soalannya ”.....” tak ingat pulak.. yang aku ingat, ”your 1st love? Waksiat/nasihat pada orang yang kita sayang? siapa orang yang dikagumi dan kenapa? Apa yang kita nak improve dalam hidup..” lebih kurang camtu laa...

THAT MOMENT
Setiap pusingan dapat partner lain2.. apa yang aku terkejut sekali masih ada orang yang mengenali aku hanya dari nama aku sendiri.. sebab aku la orang yang hantar email kat semua staff.. ternyata masih bersisa lagi ingatan dan peristiwa tersebut yang menggamit jiwa..(ayat tak ley tahan..) malu kot.. bila dengar jer nama aku, ”oh..so it’s you...”, ”you’re the one who sent the email...”, ”hey.. i know you....you’re R****a, rite?”... tapi diorang tak marah pun.. diorang cakap lucu aku buat macam tu.. dah nak macam attention seeker.. ada yang cakap ”that’s fine..”, ”don’t worry..”, ”nobody mad at you..” untuk seketika, aku rasa macam badut bila pikir pasal orang ketawakan aku waktu diorang baca email tu.. aku dah delete profile picture dalam HUB tu.. supaya orang tak tahu siapa minah cacat yang hantar email tu..?? maka benarlah kata orang, dunia ini kecil.. isk.isk.isk..
Well..untuk game berkumpulan pulak.. aku group dengan beberapa orang staff dari department yang berbeza.. dua orang dari SCM (termasuk aku), Operation, Drilling engeneering.. tu jer kot..ada lebih kurang dalam 10 orang.. dalam group tu pun aku jumpa orang yang kenal aku sebab email.. dia cakap bagus aku buat macam tu.. seolah2 aku ni nak mempromosikan diri aku bagi orang kenal aku.. dia cakap takda laa lucu pun.. benda ni bukannya memalukan.. (well...thank you..!!)


check in

CAR BATTLE
Untuk group punya aktiviti, we all kena reka kereta.. bahan2 kena beli dengan duit mainan.. nak dapatkan duit tu. We all mesti menang untuk game yang check point, lengkapkan task macam buat 3 tocang, eja guna punggung, kumpul logo company macam2 lagi kena buat.. kalau dapat buat task tu ada markah.. total semua nanti, we all dapat duit.. kereta dah siap boleh battle.. tapi malangnya we all kalah.. kereta semput..wawawawa.. malu aku.. kalau kereta tu bergerak, setiap meter da nilai.. nilai tu duit.. duit yang dapat tu akan didermakan pada anak2 yatim.. kira berseronok sambil beramal laa... yang game kereta ni we all buat hari last we all berada di situ.

DINNER
Malam 1st we all ada dinner.. tema dia KHAKI.. 2 hari sebelum tu, aku dengan member pergi cari baju yang color khaki.. puas woo cari.. 2 mall we all pergi.. kat KLCC and Time square... jumpa la jugak.. tapi macam tak kena jer.. fashion disaster betul aku ni... memalukan diri sungguh.. yang dasyatnya, aku bergambar macam bagus... bila tengok balik gambar tu, macam nak gunting...!!
Malam tu ada kutipan derma untuk anak yatim.. siapa yang derma dapat sticker (penghargaan la tu..) ada celeb birthday staff jugak malam tu..Makanan kat sini sedap2.. kalau dah kata company kaya tu kaya la jugak.. semua boleh merasa.. kira company ni tak pernah nak bagi staff kempunan.. berat aku naik kot... diorang asik suap aku makan..

from left: saibah, rz, irina, iezah and liyana

TIMBUL ISU
Hari last, dah nak balik.. sempat bergambar ramai2.. sebelum bertolak, aku dah bagi supervisor aku risau.. sebab aku takda dalam bas no.4 (kebetulan dia pun bas tu jugak..) masa nak naik tu aku pergi tanya committee member event ni.. aku patut naik bas no.7 or 4?? Dia cakap 7, ikut bas yang dah ditetapkan sejak azali lagi.. aku pun naik laa... tak sangka pulak boleh jadi isu.. SORRY...
Sampai balik kt KLCC dalam pukul 5 lebih.. penatnya.. dalam bas aku tidur lena dengan adanya seat belt..hehehehe.. sampai rumah dalam pukul 6 lebih..

semua staff

 xoxo-rz sama

HOUSEMATE



9/9/12 (AHAD): Aku dah start pindah masuk rumah bujang yg ke 3 (sepanjang degree ni je laa, awal2 degree ‘lepak’ dalam hostel je). Nervous sikit, sebab tak tahu budak rumah ni nanti macam mana orangnya? Time pindah masuk tu, tak ada sape pun kat rumah. ‘Driver’ aku jugak la yang tolong angkut barang naik sampai tingkat atas..heheheh.

Malam tu baru la jumpa dengan housemate. Borak2 sikit. Barang memang tak sempat nak kemas. Semua campak kat ruang tamu (pemalas kamu!!).

Setakat ni baru kenal k.sham, asiah, k.ena and syifa. Tu pun tak sempat lagi jumpe k.ena and syifa. Diorang jarang ada kat rumah.

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN:
Dah get along dengan diorang. Kenal habis. Semua dah kerja, aku sorang jer tengah buat training. Asiah orang Kelantan. Kak ina and syifa orang Kedah sama macam aku gak la (aku lahir kat Melaka, tp dah lama jadi rakyat jelata Kedah, boleh consider orang Kedah x??hehehe). kak sham asal Pahang, which my OPPA pun tinggal kat sana (en. tunang).


WEEKEND/WEEKDAYS:
We all kat rumah tengok tv, borak2, makan,buat assignment and pelik2 yang lain. Kalau weekend, kadang2 keluar breakfast kat dengan area belakang rumah kitorang. Nasi lemak kakak tu memang sedap sangat DAEBAK!!! Balik dari kedai tu, asik teringat2 nasi lemak kakak tu buat. Macam dah kena manderem. Bukan aku sorg je, housemate yang lain pun sama jugak. Kenyang sampai waktu tengah hari. PERGHH!!!. Aku da bawak OPPA try sekali, muka tak ada perasaan langsung. Konon aku ni saja je nak kecoh2 nasi lemak tu sedap. Padahal dia makan habis dulu dari aku, pastu cedok nasi aku pulak. Ceh..!!
Kadang2 we all beli lunch kat kedai depan bawah rumah. Kadang2 keluar lunch kat area lain (yang mana sempat). Dinner pernah jer makan kat titiwangsa. Satay station kat situ sedap. Biasa aku order char kuey teow kalau makan kat SANY kedai sebelah satay station. Tapi tak puas laa. Sikit sangat. Tempat tu ramai orang datang makan. Meriah la jugak.

NOTY:
Sebab kat rumah tak ada internet, so kitorang desperate. Especially kalau nak buat assignment. Macam aku and asiah. Nak siapkan report, cari info. Asiah budak MASTER, dia pun nak siap kan tesis and report yang lain. Aku pun sama gak la, nak siap kan tesis. Asiah dapat software curi password wifi rumah orang.hahahah (nates nye). Sejak tu, kitorang bergantung pada jiran kitorang jer. Dalam hati ni bersalah sangat. Kalau kenal jiran tu, boleh la jugak hantar buah ke, lauk ke, kuih ke kan?


BEST MOMENT:
Time pergi shopping dekat mid valley, festival city, uptown, time square, makan2 kat kuar..hehehehe..




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys