BARANG/BAHAN
Macam yang aku ceritakan sebelum ni, hantaran+doorgift+baju memang
bermasalah sikit.. bukan takat tu jer selepas tu pun ada..
Bahan hantaran ada yang tak cukup
lagi, kena pergi beli semula.. kek pun tak beli lagi.. banyak lagi barang untuk
pihak lelaki yang belum ada.. Cuma tinggal sehari je lagi.. tudung nak
dipadankan dengan baju pun belum cari lagi.. mak pulak yang bising2.. lagi la
tension..
Malam tu jugak cari semua barang
kat tesco.. beli chocolate Ferrero rocher, Cadbury, cake, buah,
tudung/selendang.. kebetulan kawan aku Diana ada.. lega sikit.. dia tolong mana
yang patut.. trimas banyak2 kat dia sebab sanggup datang jauh2 dari
Terengganu..
Balik dari tesco, kitorang (aku,
Diana dan adik aku) pakat pulun buat hantaran.. daun sirih yang tok wan hantar
siang tadi, kitorang proses ikut suka hati.. sebab memang dah tak reti dah..
aku tidur lambat dan orang paling last.. siap kemas satu rumah..
KATERING/MASAK SENDIRI
Ni pun satu problem jugak.. mak confuse tak tahu nak buat yang mana?
Mak nak ambik catering, tapi rugi pulak sebab tetamu tak ramai, tapi harga caj
macam tetamu datang dekat 1000..?? lagipun dah lambat sangat nak booking.. last
minit orang tak layan sangat sebab tempahan dah nak full..
Lepas tu mak nak masak pulak..???tapi kejap2 tak jadi, kejap2 jadi..
mak takut tak sempat.. tak larat.. last2 kitorang masak jugak.. sediakan semua
bahan nak masak untuk jamuan esok.. teruk dapat, penat pun dapat..haa..
Makcik aku ada datang tolong masak jugak.. TRIMAS!!
Cukup untuk hari ni..heheheh..
0 comments:
Post a Comment