Friday, March 22, 2013

HOUSEMATE



9/9/12 (AHAD): Aku dah start pindah masuk rumah bujang yg ke 3 (sepanjang degree ni je laa, awal2 degree ‘lepak’ dalam hostel je). Nervous sikit, sebab tak tahu budak rumah ni nanti macam mana orangnya? Time pindah masuk tu, tak ada sape pun kat rumah. ‘Driver’ aku jugak la yang tolong angkut barang naik sampai tingkat atas..heheheh.

Malam tu baru la jumpa dengan housemate. Borak2 sikit. Barang memang tak sempat nak kemas. Semua campak kat ruang tamu (pemalas kamu!!).

Setakat ni baru kenal k.sham, asiah, k.ena and syifa. Tu pun tak sempat lagi jumpe k.ena and syifa. Diorang jarang ada kat rumah.

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN:
Dah get along dengan diorang. Kenal habis. Semua dah kerja, aku sorang jer tengah buat training. Asiah orang Kelantan. Kak ina and syifa orang Kedah sama macam aku gak la (aku lahir kat Melaka, tp dah lama jadi rakyat jelata Kedah, boleh consider orang Kedah x??hehehe). kak sham asal Pahang, which my OPPA pun tinggal kat sana (en. tunang).


WEEKEND/WEEKDAYS:
We all kat rumah tengok tv, borak2, makan,buat assignment and pelik2 yang lain. Kalau weekend, kadang2 keluar breakfast kat dengan area belakang rumah kitorang. Nasi lemak kakak tu memang sedap sangat DAEBAK!!! Balik dari kedai tu, asik teringat2 nasi lemak kakak tu buat. Macam dah kena manderem. Bukan aku sorg je, housemate yang lain pun sama jugak. Kenyang sampai waktu tengah hari. PERGHH!!!. Aku da bawak OPPA try sekali, muka tak ada perasaan langsung. Konon aku ni saja je nak kecoh2 nasi lemak tu sedap. Padahal dia makan habis dulu dari aku, pastu cedok nasi aku pulak. Ceh..!!
Kadang2 we all beli lunch kat kedai depan bawah rumah. Kadang2 keluar lunch kat area lain (yang mana sempat). Dinner pernah jer makan kat titiwangsa. Satay station kat situ sedap. Biasa aku order char kuey teow kalau makan kat SANY kedai sebelah satay station. Tapi tak puas laa. Sikit sangat. Tempat tu ramai orang datang makan. Meriah la jugak.

NOTY:
Sebab kat rumah tak ada internet, so kitorang desperate. Especially kalau nak buat assignment. Macam aku and asiah. Nak siapkan report, cari info. Asiah budak MASTER, dia pun nak siap kan tesis and report yang lain. Aku pun sama gak la, nak siap kan tesis. Asiah dapat software curi password wifi rumah orang.hahahah (nates nye). Sejak tu, kitorang bergantung pada jiran kitorang jer. Dalam hati ni bersalah sangat. Kalau kenal jiran tu, boleh la jugak hantar buah ke, lauk ke, kuih ke kan?


BEST MOMENT:
Time pergi shopping dekat mid valley, festival city, uptown, time square, makan2 kat kuar..hehehehe..




0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys