NO EMAIL
Dari mula aku intern kat situ, aku xpenah dapat email ape2
pun dari staf kat situ. Tapi kawan aku selalu jer dapat info2 or invitation
dari staf. Pastu dia jugak la yang foward semua tu kat aku. Entah kenapa tiba2
aku rasa macam terrsisih, terabai. Padahal la kan, sebenarnya orang IT belum
setting or belum register kan aku lagi..(semput mak..)
Kawan aku pun cadangkan aku reply balik email dari “all
staff’. Dia percaya yang “all staff” tu laa orang yang rajin dok email kat semua
staf. So kitorang pun buat la ayat dalam omputih. Bukan main kau. Then dia
suruh aku hantar ikut address tadi (dalam hati aku memang was2 dengan budak ni.
Betul ke hantar balik? Rasa macam ada yang tak kena jer?). dia confident. So
aku pun click sent. Tu pun puas aku fikir masak2. Ok, Nampak nye tak ada ape2
berlaku? Good.
Tiba2, member aku tadi cakap
sorry...”roziiiii............sorry.....” pelik jugak. Aku terus rasa tak sedap
hati. Bila masa dia buat salah? Rupa2 nye, email yang kitorang buat tadi tu
TERsent kat semua staf. Bukan setakat staf dari KLCC je dapat. Bangunan etika,
HLA, Labuan semua dapat. Ini bermakna, CEO, manager2, semua dapat email tu.
Yang ‘bagusnya’ banyak feedback. Ada yang positif and bagi
suggestion. Ada yang condemn aku. Dia cakap aku ni macam nak semua benda spoon
feeding. Come on la aku budak baru kot? Well memang salah aku pun. Aku patut
tanya orang lain dulu. Supervisor aku busy sangat, sampaikan dia tak terlayan
aku nak bagi task kat aku. Actually memang tak ada task ape2 pun lagi. So aku
nak kacau dia pasal benda2 remeh ni macam tak sesuai.
Ada jugak bagi ayat menggatal, tapi sebenarnya orang tu
bergurau jer. Dia siap welcome and maafkan aku, sebab dia tahu aku budak baru. After
that, ada la pulak mat salleh ni hantar or forward invitation untuk pergi team
building. Very nice.
Then ada abang IT datang bagitahu yang aku dah boleh terima
email macam orang lain. Dan dia tak lupa nak warning aku supaya aku tak hantar
email macam tu lagi kat semua orang. Aku rasa dia kena ‘sound’ dengan orang
atas kot? Kesian dia. Sorry la abang..eheheheh.
Since that, aku dah xberani nak hantar email. Every time aku
nak sent email, aku akan baca dulu address orang betul2. Tak nak jadi macam tu
lagi. Kalau nak gossip dengan member2 pun aku hati2. Kang sampai kat semua
orang, habis la aku..hikhikhik.
0 comments:
Post a Comment