Friday, March 22, 2013

TEAM BUILDING @ BUKIT TINGGI:



17/10/12-18/10/13 (WEDNESDAY-THURSDAY)..cewah.. ada team building kat bukit tinggi Pahang. Excited sungguh makcik ni..heheheeh..

Bagi INTINERIES jelar senang cerita..hee
Day 1 – October  17
8.15 am
Staff gather at KLCC Tower 2 lobby area
8.45 am
Starts journey to Bukit Tinggi
10.00 am
Arrival at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
10.00 – 10.30 am
Briefing & refreshments (check – in done prior to arrival)
10.30 – 12.30 am
Team building activities
12.30 – 2.00 pm
Lunch & check in the pre-assigned hotel rooms
2.00 – 5.00 pm
Activities adjourn (with one tea break)
5.00 – 7.30 pm
Free and easy
7.30 – 9.30 pm
Dinner at Colmar Square “White & Khaki” theme
Day 2 – October 18
7.00 – 8.00 am
Breakfast
8.00 – 8.30 am
Photo session
8.30 – 12.00 pm
Activities adjourn (with one tea break)
12.00 – 2.00 pm
Lunch & check – out of hotel rooms
2.00 – 3.30 pm
Activities wrap – up and closing ceremony
3.45 pm
Journey back to KL
5.00 pm
Arrival at KLCC Tower 2

SEAT BELT
Pergi sana naik bas.. semua bas yang kitorang naik ada seat belt.. company ni memang pentingkan keselamatan staff (HSE).. tapi seat yang aku duduk tu tak ada seat belt.. sepatutnya aku kena naik bas no.7.. tapi disebabkan bas tu lambat sangat, diorang suruh aku naik bas no.4.. risau gila.. dah la kena duduk belakang sekali, terhinjut2 bas tu kat bahagian belakang.. rase macam dah tak lambat makcik ni...
Aku tak boleh nak tidur..
Bila dah sampai sana, aku nampak bas no.7 yang sampai dulu.. bila masa pulak bas tu sampai?? Ok kat sini nak cerita sikit pasal Bukit Tinggi dan sebab2 team building ni kena buat..

INTRODUCTION
Located in a picturesque mountain range in Pahang, 3000 ft above sea level. 55km distance from KL city centre.Modeled after an actual 16th century village in Alsace, France,Nearby attractions – Japanese Village, Berjaya Hills Golf & Country Club.
Tak jauh mana sangat pun..lebih kurang sejam je nak sampai..

THE ROOM
At 1st dengar story, budak intern duduk sekali.. tapi sebab ramai yang tak dapat datang dan ada yang datang sehari jer.. oleh yang demikian, we all dapat seorang 1 bilik.. huahuahua.. (jangan dengki..) company ni memang amek berat pasal staff.. setiap seorang 1 bilik.. bilik aku besar.. tapi tak berapa nak cantik.. bilik member aku lagi cun.. view pun cun.. (aku pulak rasa dengki..) takda gambar bilik diorang.. bilik aku ada laa..hehehehe..




ACTIVITY
Semua aktiviti dan game kitorang, ’jungle people’ yang sediakan.. pengaturcara majlis diorang memang DAEBAK..!! ada game ’speed date’..game ni aku tak berapa nak syok sangat.. sebab kena pair dengan orang yang kita tak kenal.. kena cari sendiri pulak tu.. aktiviti ni kena (berapa banyak perkataan ’kena’ nak sebut ni??) susun kerusi secara bulatan dan bertentangan.. makna kata we all kena bertentangan mata.. 1st sekali partner aku seorang pakcik.. tapi aku tak da la sampai panggil dia pakcik (padahal dah tersasul panggil pun..) aku dah lupa nama dia.. roslan kot?? Abaikan dulu..
Game ni we all kena tukar2 cerita kat partner ikut soalan yang diberi atas skrin.. kena jujur..masa seminit..kena ingat nama setiap partner yang we all jumpa.. ingat story diorang jugak.. sebab nanti kena tanya balik.. amek ko mak ngah..!! pusingan pertama soalan dia, ”who is your 1st crush??”....OMO..!!! NG..NG..!!!!

Aku nak cakap takda pun payah gak...nanti nak borak apa pulak??pakcik tu nak aku start dulu.. mengalah je dengan orang tua.. tak mo gaduh2..tak mo..tak mo..tak suke..tak suke..
Aku story yang aku penah crush masa diploma kat KYM (diploma tak habis..) kononnya terhadap senior laa.. aku pun tak sure tu crush ke ape??aku hentam je.. kalau ikutkan aku crush kat artis barat dengan korea jer.. (belasah jer makcik..) pakcik tu pulak story time dia crush kat Universiti dulu.. tapi sebab dia tak berani nak luahkan, dia melepas.. pernah jumpa masa reunion.. tapi wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak..(mestila.. dah lama kot grad...)
Pusingan kedua soalannya ”.....” tak ingat pulak.. yang aku ingat, ”your 1st love? Waksiat/nasihat pada orang yang kita sayang? siapa orang yang dikagumi dan kenapa? Apa yang kita nak improve dalam hidup..” lebih kurang camtu laa...

THAT MOMENT
Setiap pusingan dapat partner lain2.. apa yang aku terkejut sekali masih ada orang yang mengenali aku hanya dari nama aku sendiri.. sebab aku la orang yang hantar email kat semua staff.. ternyata masih bersisa lagi ingatan dan peristiwa tersebut yang menggamit jiwa..(ayat tak ley tahan..) malu kot.. bila dengar jer nama aku, ”oh..so it’s you...”, ”you’re the one who sent the email...”, ”hey.. i know you....you’re R****a, rite?”... tapi diorang tak marah pun.. diorang cakap lucu aku buat macam tu.. dah nak macam attention seeker.. ada yang cakap ”that’s fine..”, ”don’t worry..”, ”nobody mad at you..” untuk seketika, aku rasa macam badut bila pikir pasal orang ketawakan aku waktu diorang baca email tu.. aku dah delete profile picture dalam HUB tu.. supaya orang tak tahu siapa minah cacat yang hantar email tu..?? maka benarlah kata orang, dunia ini kecil.. isk.isk.isk..
Well..untuk game berkumpulan pulak.. aku group dengan beberapa orang staff dari department yang berbeza.. dua orang dari SCM (termasuk aku), Operation, Drilling engeneering.. tu jer kot..ada lebih kurang dalam 10 orang.. dalam group tu pun aku jumpa orang yang kenal aku sebab email.. dia cakap bagus aku buat macam tu.. seolah2 aku ni nak mempromosikan diri aku bagi orang kenal aku.. dia cakap takda laa lucu pun.. benda ni bukannya memalukan.. (well...thank you..!!)


check in

CAR BATTLE
Untuk group punya aktiviti, we all kena reka kereta.. bahan2 kena beli dengan duit mainan.. nak dapatkan duit tu. We all mesti menang untuk game yang check point, lengkapkan task macam buat 3 tocang, eja guna punggung, kumpul logo company macam2 lagi kena buat.. kalau dapat buat task tu ada markah.. total semua nanti, we all dapat duit.. kereta dah siap boleh battle.. tapi malangnya we all kalah.. kereta semput..wawawawa.. malu aku.. kalau kereta tu bergerak, setiap meter da nilai.. nilai tu duit.. duit yang dapat tu akan didermakan pada anak2 yatim.. kira berseronok sambil beramal laa... yang game kereta ni we all buat hari last we all berada di situ.

DINNER
Malam 1st we all ada dinner.. tema dia KHAKI.. 2 hari sebelum tu, aku dengan member pergi cari baju yang color khaki.. puas woo cari.. 2 mall we all pergi.. kat KLCC and Time square... jumpa la jugak.. tapi macam tak kena jer.. fashion disaster betul aku ni... memalukan diri sungguh.. yang dasyatnya, aku bergambar macam bagus... bila tengok balik gambar tu, macam nak gunting...!!
Malam tu ada kutipan derma untuk anak yatim.. siapa yang derma dapat sticker (penghargaan la tu..) ada celeb birthday staff jugak malam tu..Makanan kat sini sedap2.. kalau dah kata company kaya tu kaya la jugak.. semua boleh merasa.. kira company ni tak pernah nak bagi staff kempunan.. berat aku naik kot... diorang asik suap aku makan..

from left: saibah, rz, irina, iezah and liyana

TIMBUL ISU
Hari last, dah nak balik.. sempat bergambar ramai2.. sebelum bertolak, aku dah bagi supervisor aku risau.. sebab aku takda dalam bas no.4 (kebetulan dia pun bas tu jugak..) masa nak naik tu aku pergi tanya committee member event ni.. aku patut naik bas no.7 or 4?? Dia cakap 7, ikut bas yang dah ditetapkan sejak azali lagi.. aku pun naik laa... tak sangka pulak boleh jadi isu.. SORRY...
Sampai balik kt KLCC dalam pukul 5 lebih.. penatnya.. dalam bas aku tidur lena dengan adanya seat belt..hehehehe.. sampai rumah dalam pukul 6 lebih..

semua staff

 xoxo-rz sama

0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys