Saturday, April 20, 2013

PEKAN KHAMIS



Setiap hari khamis mesti ada pasar pagi kat rumah tok.. orang kat situ panggil ‘PEKAN KHAMIS’.. macam2 ada.. macam pasar tani la jugak.. pagi tu, mak bawak soping kat sana sebab dah alang2 nak baik jenguk tok, kena beli skit kat tok..

Aku suka apek yang jual anak itik and anak ayam.. sebab semua kiut2.. dulu kitorang pernah beli 2-3 ekor anak ayam.. anak2 ayam tu, diorang warna kan macam2 jenis.. bila dah besar sikit, warna dia hilang laa.. kitorang suka sangat main dengan anak ayam, sampai masukkan anak ayam tu dalam almari kaca.. konon macam pameran yang mak ayah kitorang selalu bawak tengok dekat zoo.. habis anak ayam tu berak (mak kitorang tak tahu pasal ‘permainan’ tu, kalau tak masak laa)..

Tapi kitorang tak bela sampai tua, mak hantar anak ayam balik kampung sebab rumah kitorang tak ada tempat nak jaga.. kitorang pernah hantar hamster (lepas tok mandikan hamster kitorang, tok p jemur kat depan rumah dia konon nak bagi kering sendiri, then hamster tu pun RIP), rabbit (banyak kena makan dengan musang, ada yang kena penyakit, yang sihat tok wan korban) kat kampung suruh tok dan wan bela.. sebab kitorang tak layak dah nak jaga. Makanya hak penjagaan diserahkan pada mereka yang bertanggungjawab..

So hari aku pergi tu, cuma lalu tengok jer.. mak confirm tak bagi beli dah.. bagi mak “ini semua poyo”.. bagi aku, “aptb” (apa pun tak boleh)..haa.

Then mak ajak p tengok kedai mini market baru bukak area situ jugak.. dulu kedai tu kecik jer, tapi sekarang dah maju.. ada air cond, troli, besar, CCTV, barang macam kat kedai Watson (make up display rack macam2 brand) pun ada..

Mak sedara aku pun ada bukak bisnes runcit, baru lagi laa kire.. tapi disebabkan dia ada kerja tetap dia payah sikit nak bagi komitmen.. baru2 ni dia pindah kedai sewa kat tempat lain, sebab kedai yang lama tu sewa mahal sangat.. hopefully bisnes dia maju.. aku pun ada kawan sekolah buat bisnes runcit, aku dengar sekarang dia hidup senang.. bisnes ni memang untung, tapi kena betul2 bagi komitmen laa.. (topik dah menyimpang)


Kedai baru bukak kat Tokai

DIY- CARNATION FLOWER



DIY untuk buat hantaran aku dah tunjuk, so sekarang nak tunjuk DIY buat bunga pakai tisu.. tisu aku beli kat IKEA je.. ada macam2 warna.. yang putih macam save dari yang berwarna.. untuk detail lebih lanjut klik link ni DIY



LYRICS BOOK



Dulu masa zaman sekolah2, hobi aku kumpul lirik lagu, poster, melukis, kotak2 yang kiut.. poster yang paling aku suka kumpul, poster BRITNEY SPEARS.. selalu jugak aku gunting gambar Britney Spears dari surat khabar, dan majalah.. then aku buat scrap book..

Aku suka tidur dalam kelas (biasa laa budak hostel memang camtu) hehehe.. ada sekali tu, kawan aku tunjuk dia ada gambar Britney Spears, terus mata aku segar tak ngantuk dah.. sayang jugak kawan aku tu kat aku, sampai sanggup gunting majalah semata-mata nak bagi gambar Britney Spears kat aku..
Biasa kalau nak masuk musim cuti sekolah, aku pesan siap2 kat diorang kalau dengar lagu Britney dalam radio or tengok video klip dia dalam tv, ingat2 la kat aku.. tu maknanya, aku tengah nyanyi kat diorang..??hahahahha.

Baru2 ni aku kemas2 bilik abang aku, memandangkan dia dah tak bermaustatin di kedah lagi dan jarang2 balik, maka aku mengambil alih bilik ni..hahaha. banyak barang2 ‘mainan’ aku zaman dulu terpaksa aku buang, walaupun sayang.. sedang asyik mengemas, aku pun terjumpa la balik buku lirik yang aku buat masa zaman sekolah dulu.. buku tu tebal.. ada lirik print dari website, copy by hand, magazine, news paper dan yang kawan2 aku bagi..

So sekarang ni, aku tak tau sama ada nak simpan, jual kat apek surat khabar lama, buang or bagi kat orang..?? aku dah tak pakai lagi buku tu, tapi sayang lak nak buang.. aku ni dah nak jadi bini orang, tak kan la nak simpan ‘mainan2’ camtu lagi kan..???


tu poster Pink aku buat cover buku..hahaha. yang kat sebelah tu aku saja tampal nak bagi penuh buku..


ada lirik salin by hand, print, dari majalah and surat khabar..


Sunday, April 14, 2013

ISI DALAM BEG



Semua awek dalam dunia ni mesti ada barang make up dalam beg.. ke mana2 jer kena bawak..
Macam aku ni beg kecil memang tak muat nak letak barang, mesti nak kena pakai yang besar jugak.. sebab aku ada make up porch.. dalam tu pulak macam2 ada..

Dalam beg ke handbag ke mesti ada wet tissue, bb cream, moisturizer, lip tint, lip balm, eyeliner, sanitizer, and compact powder..

Bawak saja, pakai tak sangat pun.. biasa aku pakai make up pun sehari sekali jer.. tak ada 2 kali.. melainkan lepas solat aku pakai bedak jer..

Tapi sekarang ni aku macam dah malas sikit.. aku make up cuma guna moisturizer, eyeliner, bb cream (stick) dan bedak Johnson tu je..

Aku tak berapa pakai mascara sangat.. sebab ada satu mascara yang aku beli tu, susah nak cuci, tak nak tanggal.. so aku dah malas nak pakai, beli yang baru apatah lagi kan... memang tak laa... hee.


moisturizer ni mmg best.. bila pakai rasa gebu je kulit.. lip tint tu aku beli kat etude shop, best color dia tahan lama jugak laa, lawa lak tu.. lip balm tu aku dapat masa  farewell.. eyeliner , aku beli brand IN2IT kt watson jer.. eyeliner tu best, senang pakai n senang nak cuci..

GEMILANG


Bulan lepas mak bawak kitorang makan kat kedai “gemilang”.. lebih kepada western food kedai ni..diorang ada jual nasi lemak gak, tapi tak berapa nak sedap mahal lak tu.. so kalau datang sini order yang lain jer.. 



QASEH AESYAH



Ni sepupu kecil aku.. aku mengasuh dia since dia baby lagi.. dua bulan jer, sebab time tu bibik dia balik indon jap..

Sekarang dia dah besar dan makin cerdik.. tu yang aku geram.. comel sangat..!!
Kira aku ni dah ada pengalaman jaga baby.. elok lah tu buat praktikal awal2.. hahaha.. 


CUTI SYOK SENDIRI



Aku sekarang duduk kat rumah diam2.. dah lama dah pun aku cuti sem sendiri.. start awal bulan 2 hari tu..
Bosan tak jugak, tapi tu laa.. duit tak masuk kalau duduk saja.. sob.sob.sob.. yang aku hairan sangat, kalau aku duduk rumah tak ada pulak nafsu nak shopping..?? kalau time kat KL tu, dalam tak ada duit pun aku nak kuar berjalan.. dari lepak kat rumah sewa, aku pilih lepak kat rumah sendiri sebab selesa sikit walaupun mak aku selalu beleter.. haa

Kerja aku kat sini, kemas rumah jer.. siram pokok, basuh/sidai/lipat baju, masak (bila rasa suka hati nak masak..hahahah).

Ada time aku balik kampung tengok tok.. kemas rumah tok sikit2.. ada time ikut mak pergi bank, breakfast kat luar, pasar, kedai hardware, dan yang sewaktu dengannya..

Time kat rumah aku suka tengok tv.. malam2 ada cerita best.. KOREA...!!!! sampaikan OPPA call pun aku malas nak layan, sebab nak concentrate tengok tv.. ngeh.ngeh.ngeh..
Sekarang ni aku tengah sibuk cari kerja.. yelaa kan, nak kawen.. ingat nak rilek lama lagi, tapi orang dah bising suruh kerja.. naya laaa camni, baru nak lepak2.. isk.isk.isk.



kena masak, kemas rumah..

asek makan jer..tp sekarang ni da kurang sikit makan.. dah kurus..!!!!hehehehe

JALAN-JALAN MUSIM MENGANGGUR



Aku kat rumah tak ada nak berjalan sangat... tempat aku rajin pergi pun library.. tu pun kalau adik aku ajak pergi..??
Hujung bulan 3 hari tu, abang dan k.ipar aku balik sini, so aku pun tumpang balik sekali.. kebetulan aku ada kat KL sebab pergi interview kat Cyberjaya..

BREAKFAST
So hari kedua diorang kat sini, kitorang 1 family keluar breakfast kat kedai Razak dekat dengan jalan pegawai alor setar.. sedap makanan kat situ.. roti jala, capati, roti canai, lempeng dan macam2 lagi.. kuah untuk capati/roti canai/roti jala memang sedap..
Tokey kedai pernah datang kenduri abang aku tahun lepas.. mak sedara aku invite diorang.. kira diorang pun memang dah kenal kitorang laa.. selalu sangat pergi situ..

SLOW
Then mak ajak pergi tanjung dawai.. kitorang ingatkan dekat sangat, rupanya mak nak pergi sampai dekat area pantai merdeka.. dah la mak yang drive, slow pulak tu.. mengah kitorang yang dok kat belakang asik hap-hap-hap tunggu bila nak sampai...???

BOT
Sampai tanjung dawai, kitorang lepak minum air tebu.. lepas tu kitorang pujuk mak naik bot pergi seberang.. kat seberang sana ada pantai merdeka.. kalau pergi dengan kereta jadi jauh, so naik bot jadi lagi dekat.. 

RM4 SAHAJA
Bayaran pergi balik dengan bot cuma RM4 je.. murah la tu.. kejap je naik bot dalam 5 minit kot..?? bot akan gerak kalau penumpang lebih dari 5-6 orang.. tu pun mak tak puas naik.. mula2 mak takut nak naik bot, last2 dia tak puas naik sebab kejap sangat.. bot tu ada sediakan jaket keselamatan.. semua bot tu baru2 lagi..

Sebenarnya tak ada dalam plan pun.. just pergi jer.. tu yang baju and makanan nak berpicnic tak bawak..?? sampai pantai merdeka kitorang terpa cari toilet, sebab nak memerut dari tadi lagi.. setel semua, kitorang lepak2, makan2.. pastu dah cemuih, kitorang balik laa..
Pantai merdeka dah banyak berubah, aku pun tak ingat bila kali terakhir aku pergi sana??? Kira sekarang dah elok sikit.. ramai orang datang picnic, tangkap kepah, mandi2..
Kat tanjung dawai mak shopping jenis ikan2 kering je.. tak ada apa sangat nak beli.. tapi mak cakap barang macam ikan2 kering memang mahal..

@ Merdeka beach

GENTING HIGHLANDS



Minggu terakhir aku kat KPOC, aku sempat keluar pergi genting dengan liyana dan irina.. saibah tak dapat join, dia ada hal.. ni semua geng intern aku..memang kitorang nak buat sangat aktiviti ni sekali.. sebab lepas ni mungkin tak jumpa dah.. lagipun kitorang tension sikit kat tempat kerja.. banyak problem, dan ada cerita yang kitorang nak share.. kitorang pilih genting sebab ada promotion..

PROMOTION
RM60 = bus trip pergi balik + cable car pergi balik + outdoor game/buffet (choose 1)..
Memang cun.. kitorang berkumpul kat KL Sentral.. naik bas dari sana dalam 9.00 am.. sampai kejap je..
Then lepak kat mcD.. time kat KL sentral pun dah lepak kt mcD.. beza dia, mcd kt genting mahal.. sebagai nasihat, jangan pergi mcD genting.. beli siap2 kat luar genting.. makanan dari kecil sampai besar memang mahal.. so bawak la bekal.. aku tak terfikir pun, so tak bawak la..hahaha..

Sebab time aku pergi tu sejuk yang amat, sampai keluar asap wap dari mulut, maka aku cepat lapar.. terpaksa la beli makanan dan air.. air milo panas 1cup RM5.. gamak ke?

Cuaca teruk time tu, so banyak game tak boleh main.. rugi la jugak.. kabus putih sampai tak nampak apa..?? baju, tudung dan seluar jadi lembab sebab sejuk macam kain baju sidai tengah2 malam kena embun.. menyesal tak pakai baju tebal sikit..

Kitorang masuk INDOOR game, tapi tak main semua pun.. Cuma game macam laser tag tembak2 hantu.. tak best sangat sebab tak takut.. mahal pulak tu.. so lepas ni tak nak masuk dah...huhuhuhu.
Kitorang lepak makan kat OLD TOWN WHITE COFFEE.. aku bantai asam laksa panas2, memang sedap..!!!

Then pergi try main game mesin yang pakai token.. cukup time, kitorang gerak keluar turun kat cable car.. sebab bas untuk trip balik kitorang dalam 6.00 pm..
Time tunggu bas, sempat pulak seorang pakcik yang jaga bas ni flirting dengan kitorang..
mintak nombor phone pulak.. aku malas layan.. tapi berguna jugak pakcik ni, dia bagi kitorang naik bas awal.. so cepat la kitorang sampai rumah.. hahahaha..



Giant Transformer Optimum Prime..  

KPOC STUFF



Start dari aku mula masuk, aku dah dapat barang dari diorang.. aku dapat set stationary macam diary, stapler, ruler, pan, pencil, clip, liquid, and more..

Then untuk new year dapat new diary, calendar, and mug..



I LOST IN HONG KONG



Last year dalam bulan mac camtu laa, kitorang ada class trip pergi hong kong.. konon nak p China time sejuk, tapi bajet tak ada.. so terpaksa pilih hong kong.. kitorang stay dalam 3 hari 2 malam camtu laa..
Berkumpul kat airport.. ada yang pergi sendiri, ada yang pergi dengan bas yang diorang sediakan.. macam aku, OPPA hantarkan sampai kat airport..

Ada 2 orang lecturer join jadi pengiring kitorang..

Flight bertolak dalam pukul 1.00 am.. puas menunggu.. then tiba la time naik flight.. 1st time kot..huhuh
Sampai hong kong dalam pukul 4.00 am.. kat sana kitorang tunggu sampai pukul 6.00 am, sebab train ada pun dalam area time camtu.. then ketua kitorang beli octopus card.. macam card touch and go..
Sampai hong kong city memang sesat nak cari home stay.. penat kitorang ulang-alik.. rupa2nya dekat dah dengan kitorang..

PENGEMBARAAN
Dalam 9.00 am, 7-8 orang kena visit maybank hong kong.. memang tak boleh pergi 1 class, sebab tempat terhad.. aku memang malas nak join, aku nak tidur.. heheheh.
Then start keluar pergi visit MONEYTARY AUTHORITY BANK OF HONG KONG.. dengar taklimat pasal sejarah duit kat sana, cara proses duit, bank2 besar yang ada dalam hong kong ni.. contoh macam HSBC and STANDARD CHARTERED..

Balik home stay rehat jap, tukar baju.. then keluar pergi THE PEAK AND MADAM TUSSAUNDS.. naik bukit dengan train.. dalam madam tussaunds ada patung lilin celebrity and tokoh terkenal..
Balik dari jalan2, kitorang pergi makan malam kat kedai nasi arab.. lapar sungguh.. nasi yang sepinggan besar tu, aku berjaya habiskan... hehehehe.

Then kitorang shopping kat bawah home stay kitorang.. yang untungnya dapat home stay situ sebab betul2 kat area ladies market.. hahahah.. tapi penjual2 dia kejam.. agresif sungguh.. diorang akan paksa korang beli.. kalau tak jadi beli, korang kena maki.. sebab aku dah kena maki dan kena tarik.. so pikir la betul2.. kalau tak nak beli, jangan sentuh or masuk kedai tu.. nak tawar-menawar pun senang jugak, tapi PASTIKAN korang memang betul2 nak beli..!!!!

Esok pagi nya, kitorang nak pergi DISNEY LAND..!!! huhuhu.. tapi before tu singgah jap kat TUNG CHUNG shopping sikit..hahaha. kat sini macam JBO jugak laa..
Then baru gerak ke Disney land.. syok woo.. macam2 kitorang main.. jakun jugak laa..hahaha. tapi tak puas laa, sebab ada lagi tempat kitorang tak sempat pergi.. ada teater lion king terlepas.. tak sempat nak bergambar dengan princess2 dalam cerita fairy tale story..
Lastly, tengok fireworks.. then balik..

MAHAL
Barang, makanan, minuman memang mahal kat hongkong.. mineral water dah dekat rm5-10.. so kalau nak shopping untuk bawak balik apa2 kat family, pandai2 laa korang cermat guna duit.. kalau tak nanti menyesal.. aku dah kena..
Disney land kat sana tak boleh bawak masuk makanan.. kena beli kat dalam.. mahal jugak laa.. kalau dah terbeli makanan dari luar, kena simpan semua tu dalam locker bersewa.. sewa locker mahal.. lebih kurang rm30+ kot..kalau tak, diorang buang..

BUAH TANGAN
Aku beli pen, pad lock mickey mouse untuk adik, spupu and bakal adik ipar..hehehe. barang lain tak mampu.. aku rasa tu yang paling murah pun.. Pad lock lawa.. berbaloi la beli sebagai kenangan untuk diorang.. bukan senang nak pergi Disney land.. kat mak aku beli hand bag.. kat OPPA aku beli t-shirt and music box.. ada lebih t-shirt aku bagi kat mak, adik2, OPPA dan k.ipar.. kat bakal2 aku bagi perfume..

OCTOPUS CARD
Octopus card tu jaga elok2.. card aku jatuh sekali dan hilang terus.. so aku kena beli baru, tak ingat kena berapa, tapi mahal jugak laa..

BARANG
Tak payah bawak baju tebal2 or banyak2.. kat sana tak sejuk mana pun.. beg bawak jenis bag pack jer.. jangan bawak luggage, menyusahkan.. nak berjalan bawak air sendiri.. kitorang bawak makanan sendiri macam sardine, ketupat segera, baked beans, roti gardenia, rendang segera.. simple2 jer.. tu pun terlebih cukup.. tak ada masa nak makan pun..hahaha.

Aku bawak baju jenis long sleeves, tudung yang tak payah iron (bawal obama+pashmina).. wet tissue bawak jugak, sebab sana banyak toilet tak ada paip air.. tak payah nak berlaptop sangat.. tak ada masa..
Balik dari hong kong, aku join classmate naik bas sampai shah alam.. then OPPA datang jemput.. nasib dia cuti..

heheheheh

@ madam tussaund




@ Disney land


@ Bank Hong Kong




sila klik gambar untuk tumbesaran

SYOK SENDIRI



Ada sekali tu aku keluar jumpa kawan sekolah menengah.. lama tak jumpa.. so kitorang pergi jalan2 kat time square, sungei wang, bukit bintang, and Fahrenheit..

Dalam dok fitting baju aku sempat MENGsyokkan diri sendiri.. huhuhu..  


MY “EX-ROOM”




Ni bilik lama aku time aku dok study kat Puncak Alam.. Menyewa dekat apartment situ jer.. aku pun lupa nama kawasan tu apa?

Rumah ni ada 5 orang jer.. Semua classmate aku.. Aku dok bilik tengah.. Bilik ni tak kecil sangat dan tak  besar sangat.. cukup2 letak katil double decker, almari, kipas, meja study kecik dan barang2 sikit..
Aku dok katil atas.. Roomate aku dok kat katil bawah.. best rumah ni.. sebab, time tgh malam sampai pagi sejuk gedik..pagi2 tingkap bilik selalu berwap/berkondensasi gitew..haa.

SERAM
Trivia rumah ni... aku penah kena ‘kacau’ sekali.. time tu apartment kitorang tak ada bekalan air.. sebab pihak maintenance nak cuci tangki apa ntah..? so dari siang, aku dengan sorang housemate ni dok p ambil air kat surau bawah rumah.. malam pun kitorang ada buat jugak.. penat tau..? angkut dengan baldi.. surau tu time malam kalau tak ada orang memang gelap dan seram..

housemate yang lain balik kampung.. so nak jadikan cerita, aku tido sorang2 malam tu dalam bilik.. aku tido tak tutup lampu malam tu.. sebab tak sedap hati..

housemate sorang lagi tu tido kat bilik dia dengan beraninya.. dalam mamai tu, aku terjaga.. sebab aku dengar bunyi yang kuat kat pintu bilik.. apa yang aku dengar ialah, bunyi orang dari luar bilik cuba nak masuk.. bunyi tombol pintu dipulas2, dan pintu ditolak2.. tapi mujur aku kunci pintu.. dalam kepala otak masa tu aku cuma pikir mungkin housemate aku? So aku tak takut sangat.. tapi tak lama pastu, aku rasa pelik..? kalau housemate aku nak masuk, nape dia tak panggil nama aku or bagi salam or ketuk pintu? esok bila aku tanya dia, dia tak tahu apa2..? dia tak datang pun bilik aku malam tu.. terus aku istighfar.. doa tido dan surah2 yang aku amalkan tiap2 malam sebelum tido memang betul2 melindungi aku.. Alhamdulillah..

housemate aku yang dok bilik tengah pernah nampak benda putih rambut panjang berdiri kat dinding sebelah tingkap.. tu pun dia tertengok dalam cermin kat dinding secara tak sengaja.. time tu waktu subuh kot?

Roommate aku pulak pernah kena tindih.. orang cakap kena tindih ni perkara biasa jer.. tapi roommate aku ni, sekali kena tindih teruk.. aku yang dok atas pun kalau dengar, memang takut.. nak tegur dia pun tak berani time2 camtu.. tapi setakat tu jelaa.. tak ada yang teruk2 macam cerita exorcism..

Apa2 pun rumah tu memang banyak kenangan sungguh.. cantik jugak sebab baru second batch yang masuk rumah tu.. so tak buruk.. rumah kitorang tu blok paling last ke belakang and paling hujung.. memang sunyi.. 

PRE-GRADUATION DINNER



Aku tak ingat bulan berapa.. tapi yang pasti tahun lepas punya laa.. tiap2 tahun memang akan ada dinner2 macam ni untuk budak final year..

Dinner malam tu tema RETRO.. jenoh aku cari baju.. last2 aku beli accessory jer.. cekak rambut and belt.. baju, aku pakai yang memang dah ada.. tudung pakai yang housemate aku punya.. hehehe..
Dinner kat UiTM shah alam.. dewan baru.. semua part 6 course faculty business datang..
Menu boleh tahan laa..

Ada macam2 aktiviti jugak..
Setel makan semua, aku and the gang nak balik puncak alam.. tapi posing dulu kat luar.. hehehe. Jakun jap..


geng2 bakal jadi bini orang semua nih..heheheh

TEATER NORA



Part 4 dua tahun lepas, kitorang ada buat aktiviti untuk subjek cross cultural.. classmate semua setuju pergi tengok teater LIFE OF NORA di istana budaya..

Lecturer kitorang yang ajar subjek tu pun pergi jugak.. kitorang pergi berkonvoi.3-5 biji kereta jugak laa..
1st time aku pergi teater.. cerita tu best jugak laa.. kawan aku sorang tu, pergi tengok sampai 2 kali..

Kitorang beli tiket yang paling murah, so tempat duduk pun paling belakang dan paling atas.. budak lain ada beli yang mahal sikit jer dari kitorang, so tempat duduk pun selang 2-3 baris dari kitorang..

Time dok kusyuk tengok tu, ada abang yang jaga area kitorang ni, bagi tiket free untuk duduk kat seat bawah dan depan sekali.. kira memang dekat sangat dengan stage..

So time nak masuk sesi kedua tu, kitorang start duduk tempat baru dan selesa.. hahahaha.. aku ni rabun, so kena tengok dekat2 baru puas.. then baru laa clear dapat tengok sebijik2..
Ada Tiara Jacqueline, aznil nawawi tu je aku ingat.. hehehe..

Habis teater kitorang bergambar ngan barisan pelakon.. kebetulan hero merong mahawanga pun datang, so kitorang pergi bergambar dengan dia jugak.. very sporting.. hee .

Then kitorang pergi lepak makan kat NZ.. pastu baru pergi castle.. budak2 ni nak bershisha pulak... dah setel semua baru la kitorang balik..

Aku sempat beli cenderahati dari istana budaya.. yang simple2 and murah2 jerr.. bagi cukup syarat.. hee.

@ castle.. teman budak2 ni lepak..

@ istana budaya

PIZZA HUT



Aku still ingat lagi 2 tahun lepas.. 1st day exam aku keluar makan pizza dengan roommate aku (kim and farah) time masih study kat UiTM shah alam.. ada ke patut 1st day exam pergi makan pizza?? Macam celebrate birthday jer.. patut buat lepas exam.. hahahah. Kitorang pergi tu sebab ada promotion.. hari lain promotion tak best.. heheheh..

Lagi pun, mana la tahu lepas ni dah tak jumpa..??bila lagi nak buat kerja gila ni kan..??? sedikit sebanyak aku berjaya menghasut farah.. farah ni budak pandai, kerja dia belajar jer.. Course math kot?? tu yang aku ajak dia sekali sekala buat kerja gila..

Aku kenal cerita FAMILY OUTING & RUNNING MAN pun sebab dia.. dia memang peminat tegar cerita tu, BIG BANG lagi laa.. siap pergi concert BIG BANG pulak tu..!!! jeles aku..

Kim pulak, budak LAW.. ayah dia lawyer.. sekarang ni kim dah jadi stewardess.. dia tak minat law kot?? Bagi aku memang susah bidang tu.. memang patut diorang yang belajar bidang tu, kerja dapat gaji banyak..
Aku still contact diorang dalam FB jer.. payah nak dating dengan diorang sekarang.. masing2 sibuk..
Insya’Allah ada jodoh kitorang jumpa lagi..




TENNIS ANNUAL DINNER



Part 2 aku join club tenis.. azab jugak la.. dapat pulak coach yang perghh..!!!!
Mula2 main aku sakit 1 badan, tapi lame2 aku dah biasa.. aku rasa club ni macam club penderaan.. coach dia boleh tahan annoying, tapi baik.. test dia bagi pun azab..

Nasib baik aku lulus..

Coach mintak kitorang arrange 1 annual dinner khas untuk club ni jer.. cari hotel, buat persembahan and macam2 lagi.. tema bebas..

So dinner buat kat hotel UiTM shah alam.. ada tarian, nyanyian and lakonan.. teruk coach sorang ni buli kitorang.. semua penyertaan tu (orang yang terlibat dalam persembahan)masuk dengan paksa rela.. coach yang pakai hentam lantik kitorang.. kitorang tak ada masa nak berlatih pun.. so berlatih kejap jer.. tu pun spontan..

Menu ley tahan.. aku telan jer.. seronok jugak laa dinner tu.. time2 camni baru kitorang semua nak rapat.. masa pergi clas tenis, tak ada la rapat sangat.. rasa sedih lak bila dah last2 camni.. sob.sob.sob..
Balik tu kakak kawan kitorang jemput..


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys