Ni bilik lama aku time aku dok study kat Puncak Alam..
Menyewa dekat apartment situ jer.. aku pun lupa nama kawasan tu apa?
Rumah ni ada 5 orang jer.. Semua classmate aku.. Aku dok
bilik tengah.. Bilik ni tak kecil sangat dan tak besar sangat.. cukup2 letak katil double
decker, almari, kipas, meja study kecik dan barang2 sikit..
Aku dok katil atas.. Roomate aku dok kat katil bawah.. best
rumah ni.. sebab, time tgh malam sampai pagi sejuk gedik..pagi2 tingkap bilik
selalu berwap/berkondensasi gitew..haa.
SERAM
Trivia rumah ni... aku penah kena ‘kacau’ sekali.. time tu
apartment kitorang tak ada bekalan air.. sebab pihak maintenance nak cuci
tangki apa ntah..? so dari siang, aku dengan sorang housemate ni dok p ambil
air kat surau bawah rumah.. malam pun kitorang ada buat jugak.. penat tau..?
angkut dengan baldi.. surau tu time malam kalau tak ada orang memang gelap dan
seram..
housemate yang lain balik kampung.. so nak jadikan cerita,
aku tido sorang2 malam tu dalam bilik.. aku tido tak tutup lampu malam tu..
sebab tak sedap hati..
housemate sorang lagi tu tido kat bilik dia dengan
beraninya.. dalam mamai tu, aku terjaga.. sebab aku dengar bunyi yang kuat kat
pintu bilik.. apa yang aku dengar ialah, bunyi orang dari luar bilik cuba nak
masuk.. bunyi tombol pintu dipulas2, dan pintu ditolak2.. tapi mujur aku kunci
pintu.. dalam kepala otak masa tu aku cuma pikir mungkin housemate aku? So aku
tak takut sangat.. tapi tak lama pastu, aku rasa pelik..? kalau housemate aku
nak masuk, nape dia tak panggil nama aku or bagi salam or ketuk pintu? esok
bila aku tanya dia, dia tak tahu apa2..? dia tak datang pun bilik aku malam
tu.. terus aku istighfar.. doa tido dan surah2 yang aku amalkan tiap2 malam
sebelum tido memang betul2 melindungi aku.. Alhamdulillah..
housemate aku yang dok bilik tengah pernah nampak benda
putih rambut panjang berdiri kat dinding sebelah tingkap.. tu pun dia tertengok
dalam cermin kat dinding secara tak sengaja.. time tu waktu subuh kot?
Roommate aku pulak pernah kena tindih.. orang cakap kena
tindih ni perkara biasa jer.. tapi roommate aku ni, sekali kena tindih teruk..
aku yang dok atas pun kalau dengar, memang takut.. nak tegur dia pun tak berani
time2 camtu.. tapi setakat tu jelaa.. tak ada yang teruk2 macam cerita exorcism..
Apa2 pun rumah tu memang banyak kenangan sungguh.. cantik
jugak sebab baru second batch yang masuk rumah tu.. so tak buruk.. rumah
kitorang tu blok paling last ke belakang and paling hujung.. memang sunyi..
0 comments:
Post a Comment