Sunday, April 14, 2013

JALAN-JALAN MUSIM MENGANGGUR



Aku kat rumah tak ada nak berjalan sangat... tempat aku rajin pergi pun library.. tu pun kalau adik aku ajak pergi..??
Hujung bulan 3 hari tu, abang dan k.ipar aku balik sini, so aku pun tumpang balik sekali.. kebetulan aku ada kat KL sebab pergi interview kat Cyberjaya..

BREAKFAST
So hari kedua diorang kat sini, kitorang 1 family keluar breakfast kat kedai Razak dekat dengan jalan pegawai alor setar.. sedap makanan kat situ.. roti jala, capati, roti canai, lempeng dan macam2 lagi.. kuah untuk capati/roti canai/roti jala memang sedap..
Tokey kedai pernah datang kenduri abang aku tahun lepas.. mak sedara aku invite diorang.. kira diorang pun memang dah kenal kitorang laa.. selalu sangat pergi situ..

SLOW
Then mak ajak pergi tanjung dawai.. kitorang ingatkan dekat sangat, rupanya mak nak pergi sampai dekat area pantai merdeka.. dah la mak yang drive, slow pulak tu.. mengah kitorang yang dok kat belakang asik hap-hap-hap tunggu bila nak sampai...???

BOT
Sampai tanjung dawai, kitorang lepak minum air tebu.. lepas tu kitorang pujuk mak naik bot pergi seberang.. kat seberang sana ada pantai merdeka.. kalau pergi dengan kereta jadi jauh, so naik bot jadi lagi dekat.. 

RM4 SAHAJA
Bayaran pergi balik dengan bot cuma RM4 je.. murah la tu.. kejap je naik bot dalam 5 minit kot..?? bot akan gerak kalau penumpang lebih dari 5-6 orang.. tu pun mak tak puas naik.. mula2 mak takut nak naik bot, last2 dia tak puas naik sebab kejap sangat.. bot tu ada sediakan jaket keselamatan.. semua bot tu baru2 lagi..

Sebenarnya tak ada dalam plan pun.. just pergi jer.. tu yang baju and makanan nak berpicnic tak bawak..?? sampai pantai merdeka kitorang terpa cari toilet, sebab nak memerut dari tadi lagi.. setel semua, kitorang lepak2, makan2.. pastu dah cemuih, kitorang balik laa..
Pantai merdeka dah banyak berubah, aku pun tak ingat bila kali terakhir aku pergi sana??? Kira sekarang dah elok sikit.. ramai orang datang picnic, tangkap kepah, mandi2..
Kat tanjung dawai mak shopping jenis ikan2 kering je.. tak ada apa sangat nak beli.. tapi mak cakap barang macam ikan2 kering memang mahal..

@ Merdeka beach

0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys