Setiap hari khamis mesti ada
pasar pagi kat rumah tok.. orang kat situ panggil ‘PEKAN KHAMIS’.. macam2 ada..
macam pasar tani la jugak.. pagi tu, mak bawak soping kat sana sebab dah alang2
nak baik jenguk tok, kena beli skit kat tok..
Aku suka apek yang jual anak itik
and anak ayam.. sebab semua kiut2.. dulu kitorang pernah beli 2-3 ekor anak
ayam.. anak2 ayam tu, diorang warna kan macam2 jenis.. bila dah besar sikit,
warna dia hilang laa.. kitorang suka sangat main dengan anak ayam, sampai
masukkan anak ayam tu dalam almari kaca.. konon macam pameran yang mak ayah
kitorang selalu bawak tengok dekat zoo.. habis anak ayam tu berak (mak kitorang
tak tahu pasal ‘permainan’ tu, kalau tak masak laa)..
Tapi kitorang tak bela sampai
tua, mak hantar anak ayam balik kampung sebab rumah kitorang tak ada tempat nak
jaga.. kitorang pernah hantar hamster (lepas tok mandikan hamster kitorang, tok
p jemur kat depan rumah dia konon nak bagi kering sendiri, then hamster tu pun
RIP), rabbit (banyak kena makan dengan musang, ada yang kena penyakit, yang
sihat tok wan korban) kat kampung suruh tok dan wan bela.. sebab kitorang tak
layak dah nak jaga. Makanya hak penjagaan diserahkan pada mereka yang
bertanggungjawab..
So hari aku pergi tu, cuma lalu
tengok jer.. mak confirm tak bagi beli dah.. bagi mak “ini semua poyo”.. bagi
aku, “aptb” (apa pun tak boleh)..haa.
Then mak ajak p tengok kedai mini
market baru bukak area situ jugak.. dulu kedai tu kecik jer, tapi sekarang dah
maju.. ada air cond, troli, besar, CCTV, barang macam kat kedai Watson (make up
display rack macam2 brand) pun ada..
Mak sedara aku pun ada bukak
bisnes runcit, baru lagi laa kire.. tapi disebabkan dia ada kerja tetap dia
payah sikit nak bagi komitmen.. baru2 ni dia pindah kedai sewa kat tempat lain,
sebab kedai yang lama tu sewa mahal sangat.. hopefully bisnes dia maju.. aku
pun ada kawan sekolah buat bisnes runcit, aku dengar sekarang dia hidup
senang.. bisnes ni memang untung, tapi kena betul2 bagi komitmen laa.. (topik
dah menyimpang)
0 comments:
Post a Comment