Last year dalam bulan mac camtu
laa, kitorang ada class trip pergi hong kong.. konon nak p China time sejuk,
tapi bajet tak ada.. so terpaksa pilih hong kong.. kitorang stay dalam 3 hari 2
malam camtu laa..
Berkumpul kat airport.. ada yang pergi
sendiri, ada yang pergi dengan bas yang diorang sediakan.. macam aku, OPPA
hantarkan sampai kat airport..
Ada 2 orang lecturer join jadi
pengiring kitorang..
Flight bertolak dalam pukul 1.00
am.. puas menunggu.. then tiba la time naik flight.. 1st time
kot..huhuh
Sampai hong kong dalam pukul 4.00
am.. kat sana kitorang tunggu sampai pukul 6.00 am, sebab train ada pun dalam
area time camtu.. then ketua kitorang beli octopus card.. macam card touch and
go..
Sampai hong kong city memang
sesat nak cari home stay.. penat kitorang ulang-alik.. rupa2nya dekat dah
dengan kitorang..
PENGEMBARAAN
Dalam 9.00 am, 7-8 orang kena
visit maybank hong kong.. memang tak boleh pergi 1 class, sebab tempat terhad..
aku memang malas nak join, aku nak tidur.. heheheh.
Then start keluar pergi visit
MONEYTARY AUTHORITY BANK OF HONG KONG.. dengar taklimat pasal sejarah duit kat
sana, cara proses duit, bank2 besar yang ada dalam hong kong ni.. contoh macam
HSBC and STANDARD CHARTERED..
Balik home stay rehat jap, tukar
baju.. then keluar pergi THE PEAK AND MADAM TUSSAUNDS.. naik bukit dengan
train.. dalam madam tussaunds ada patung lilin celebrity and tokoh terkenal..
Balik dari jalan2, kitorang pergi
makan malam kat kedai nasi arab.. lapar sungguh.. nasi yang sepinggan besar tu,
aku berjaya habiskan... hehehehe.
Then kitorang shopping kat bawah
home stay kitorang.. yang untungnya dapat home stay situ sebab betul2 kat area
ladies market.. hahahah.. tapi penjual2 dia kejam.. agresif sungguh.. diorang
akan paksa korang beli.. kalau tak jadi beli, korang kena maki.. sebab aku dah
kena maki dan kena tarik.. so pikir la betul2.. kalau tak nak beli, jangan
sentuh or masuk kedai tu.. nak tawar-menawar pun senang jugak, tapi PASTIKAN
korang memang betul2 nak beli..!!!!
Esok pagi nya, kitorang nak pergi
DISNEY LAND..!!! huhuhu.. tapi before tu singgah jap kat TUNG CHUNG shopping
sikit..hahaha. kat sini macam JBO jugak laa..
Then baru gerak ke Disney land..
syok woo.. macam2 kitorang main.. jakun jugak laa..hahaha. tapi tak puas laa,
sebab ada lagi tempat kitorang tak sempat pergi.. ada teater lion king
terlepas.. tak sempat nak bergambar dengan princess2 dalam cerita fairy tale
story..
Lastly, tengok fireworks.. then
balik..
MAHAL
Barang, makanan, minuman memang
mahal kat hongkong.. mineral water dah dekat rm5-10.. so kalau nak shopping
untuk bawak balik apa2 kat family, pandai2 laa korang cermat guna duit.. kalau
tak nanti menyesal.. aku dah kena..
Disney land kat sana tak boleh
bawak masuk makanan.. kena beli kat dalam.. mahal jugak laa.. kalau dah terbeli
makanan dari luar, kena simpan semua tu dalam locker bersewa.. sewa locker
mahal.. lebih kurang rm30+ kot..kalau tak, diorang buang..
BUAH TANGAN
Aku beli pen, pad lock mickey
mouse untuk adik, spupu and bakal adik ipar..hehehe. barang lain tak mampu..
aku rasa tu yang paling murah pun.. Pad lock lawa.. berbaloi la beli sebagai
kenangan untuk diorang.. bukan senang nak pergi Disney land.. kat mak aku beli
hand bag.. kat OPPA aku beli t-shirt and music box.. ada lebih t-shirt aku bagi
kat mak, adik2, OPPA dan k.ipar.. kat bakal2 aku bagi perfume..
OCTOPUS CARD
Octopus card tu jaga elok2.. card
aku jatuh sekali dan hilang terus.. so aku kena beli baru, tak ingat kena
berapa, tapi mahal jugak laa..
BARANG
Tak payah bawak baju tebal2 or
banyak2.. kat sana tak sejuk mana pun.. beg bawak jenis bag pack jer.. jangan
bawak luggage, menyusahkan.. nak berjalan bawak air sendiri.. kitorang bawak
makanan sendiri macam sardine, ketupat segera, baked beans, roti gardenia,
rendang segera.. simple2 jer.. tu pun terlebih cukup.. tak ada masa nak makan
pun..hahaha.
Aku bawak baju jenis long
sleeves, tudung yang tak payah iron (bawal obama+pashmina).. wet tissue bawak
jugak, sebab sana banyak toilet tak ada paip air.. tak payah nak berlaptop
sangat.. tak ada masa..
Balik dari hong kong, aku join
classmate naik bas sampai shah alam.. then OPPA datang jemput.. nasib dia
cuti..
@ madam tussaund
@ Disney land
@ Bank Hong Kong
sila klik gambar untuk tumbesaran
0 comments:
Post a Comment