Pagi tadi aku terlajak bus stop.. huhuhu. Terpaksa pusing balik.. yang bodohnya, tima bas turunkan penumpang dekat pasar seni, aku pun turun sekali.. padahal bas tu nak terus sambung gerak lagi.. aku pun p ligan bas tu time dia pergi ke depan ambil penumpang.. macam orang gila dah rasa main naik turun bas..
Jalan memang sesak.. penuh kereta.. aku jarang pergi kerja lewat-lewat.. so bila pergi kerja lewat-lewat, memang dasat sungguh sesaknya.. haa
sampai tempat kerja, aku sign contract kerja 3 bulan dan isi borang..
Awal-awal kerja dah kena buat filing.. Banyak pulak tu.. Serabut sungguh cara diorang susun dokumen.. Hari ni aku tak sempat siapkan.. sambung esok pulak.. nasib ada budak seorang ni tolong.. kalau tak, macam mana aku nak kemas semua tu.. tak berapa nak sistematik sangat..
Makan time lunch FREE.. Tadi aku makan nasi lauk ayam kari, ada sayur sikit, dan macaroni bakar.. Tang macaroni tu yang sedap..hehehe. Aku lunch dengan kawan baru.. hikhikhik.
So tengah hari tadi aku kena pergi UOB bank, buka akaun baru.. dekat sejam lebih nak buka pun.. macam-macam budak tu offer kat aku.. lepas tu pulak dia ni budak baru, so masih tak cekap nak guna sistem CRM..
Balik tadi aku balik ikut LRT STAR jamek je.. sebab aku baru tahu kata dekat gila... hehehehe.. next time boleh laa nak bangun lambat.. tak perlu nak rushing..heheheeh.
Environment kerja tak ok sangat sebab pakai office sementara.. Real office tak siap lagi.. Bila dah setel baru boleh pindah.. so setakat ni Alhamdulillah lah..aku harap yang selepas ni lagi bagus dari yang aku lalui sekarang ni.. Hopefully kerja aku ni ok, aku tak ada masalah, kerja pun happy, dan aku mampu bertahan dengan lebih lama.. hehehehe.. Amin..
0 comments:
Post a Comment