![]() |
Kissy kissy kissy..... |
Ape hal dengan gambar ilustrasi kat atas tu..???
Aku nak cerita sikit peristiwa yang terjadi kat aku time aku kerja kat office.. Sebab tu aku pakai gambar yang kat atas tu..hehehehe..
Baru nak masuk dua minggu kerja kat sana.. Best la juga.. Makan pun dapat free lunch.. huhuhuu.. kerja pun tak adalah susah mana pun.. Kawan-kawan pun ok, baik-baik..
Kira baru kerja situ aku dah boleh sesuaikan diri..
Baru nak bahagia sikit, dah datang pula masalah..
Nak jadikan cerita, ada seorang team member aku ni.. Dia senior exec.. So aku respect dia as a senior.. orangnya dah berumur, tapi rupa dia tak nampak makan usia.. Aku tengok dia dalam umur 30tahun. Tapi sebenarnya umur dia dah 40tahun lebih.. Orangnya dah pun berkahwin, anak ada dua.. Bini dia kerja memang TIP TOP..
Entah kenapa dia tiba-tiba cerita kat aku pasal rumah tangga dia.. Dia cerita bini dia busy, kerja balik lewat malam terus tidur (means bini dia tak ada masa untuk dia la kot??). Then dia cerita lagi, bini dia selalu balik kampung hujung minggu (means tak ada siapa kat rumah dia time hujung minggu, dan dia lonely).
Dia ada tanya aktiviti apa aku buat time weekend kat rumah??
Dia cerita weekend dia selalu datang office buat kerja.. kalau tak pun pergi karaoke kat red box seorang diri.. Kadang-kadang kalau ada game bola kat mana-mana dia pergi join.. (ley caya ke??)
tak lama lepas tu dia tanya pasal STEAK.. Dia tanya aku suka makan steak ke tak?? aku jawab la elok-elok.. Then dia cakap ada satu kedai STEAK kat kampung baru memang sedap.. dia cakap "kalau nak pergi jom laa..??"
Aku pun elak soalan tu, buat-buat jawab benda lain.. Aku pun tak ingat.. Aku tak rasa dia nak keluar beramai.. Aku rasa dia nak berdua je dengan aku..
Then dia tanya lagi "ila tak pe ke keluar malam-malam???" WHAT DA FUQ...??? soalan tu macam dah confirm jer aku nak keluar dengan dia.. Lepas tu aku pun jawab merapu laa.. Aku cakap aku jarang keluar malam.. Aku malas sikit nak keluar malam.. Selalu pun keluar dengan housemate tu pun kalau diorang ajak..
Dia borak dengan aku bila orang tak ada berdekatan dengan kitorang.. Bila ada orang dia diam, borak pasal kerja yang kitorang nak buat tu jer.. Dengan seorang team perempuan aku tu, dia tak ada laa nk borak pasal life dia pun.. Dengan aku jer dia buat macam tu..
Malam tu dia mesej aku tanye pasal kotak invoice kat tepi meja dia.. Sambil tanya tu sempat lagi dia bagi soalan aku tengah buat ape?? dah makan ke belum??.. Aku jawab yang wajib jer.. Then dia tanya lagi aku tengah buat ape?? Aku jawab aku dalam masjid, ada ceramah agama.. Dia reply "Opppsss sorry.." Terus aku tak reply dah..
Aku cerita semua ni kat tunang aku.. Marah laa jugak.. Sekali dengan aku pun kena marah.. Hampeh sungguh..??
Actually exec tu dah tahu aku ni dah bertunang.. But dia macam tak paham ke or buat-buat tak paham..?? Wallah'hualam..
Aku still simpan mesej dia untuk bukti.. Aku anggap ni 'sexual harassment'... Sebab aku rasa tak selesa.. Dia baik semacam sangat.. Aku tak tahu macam mana nak elakkan benda ni dari berterusan tanpa sakitkan hati mana-mana pihak dan aku boleh kerja dengan aman..
Jangan sampai aku berhenti sudah.. Kalau aku complaint pun pasal ni kat pihak atasan, aku tak rasa nasib aku terbela.. Sebab ni COMPANY baru, diorang memang kekurangan pakar dan orang berpengalaman.. Bukan senang company ni nak ambil orang baru..??? Aku nak cakap ni 'sexual harasement' pun kena ada bukti kukuh?? Sanggup ke nak naik turun mahkamah..?? Aku tak rasa diorang akan ambil tindakan tegas kat exec tu..??
Aku pun tak nak malukan siapa-siapa.. Dia punya performance bagus, sebelum ni pun budak-budak tak ada cerita apa-apa benda buruk pasal dia.. So apa sokongan aku dapat nanti?? Orang percaya ke ape aku ceritakan nanti..???
Aku benci bila negara ni masih ramai yang tak amalkan kod 'sexual harassement'.. kat U.S dah lama amalkan benda ni.. Kat tempat kau intern dulu pun (KPOC) ada 'sexual harassement' ni.. WHY??WHY??
Aku harap aku dilindungi Allh s.w.t.. Aminn..
Aku pun tak nak malukan siapa-siapa.. Dia punya performance bagus, sebelum ni pun budak-budak tak ada cerita apa-apa benda buruk pasal dia.. So apa sokongan aku dapat nanti?? Orang percaya ke ape aku ceritakan nanti..???
Aku benci bila negara ni masih ramai yang tak amalkan kod 'sexual harassement'.. kat U.S dah lama amalkan benda ni.. Kat tempat kau intern dulu pun (KPOC) ada 'sexual harassement' ni.. WHY??WHY??
Aku harap aku dilindungi Allh s.w.t.. Aminn..
0 comments:
Post a Comment