Monday, June 24, 2013

KELUAR DENGAN OPPA & BAKAL MAK MERTUA



gwiyomi
Peace.. best-best...


Pagi Ahad semalam, aktiviti aku lapang.. Tiba-tiba.....

Pagi-pagi lagi OPPA call kejut suruh siap-siap.. Dia dengan mak dia datang KL nak beli barang kek dan kuih raya..  

Kelam kabut aku bersiap.. Nasib sempat.. Diorang singgah pergi CHOW KIT dulu.. Then baru jemput aku kat rumah..

Dalam sibuk sana-sini penuh dengan jerebu, diorang semangat juga nak keluar beli barang.. Mak OPPA dah batuk-batuk aku tengok.. Demam hari tu tak kebah lagi kot..??

Hari ni kat area rumah aku kaum india ada buat perayaan.. So busy sikit jalan.. orang ramai gila.. Aku tunggu OPPA kat simpang rumah senang sikit nak ambil aku..

Then kitorang pun pergi Bangi.. Penuh kereta diorang dengan barang kek.. mak dia memang ada ambil tempahan kek dan kuih raya.. semua sedap-sedap..

Sampai bangi turun kedai kek.. Cari bekas kuih raya.. Banyak woo mak dia beli.. penuh kereta.. Kesian lak kat diorang, aku ni menyemak jer.. isk3..

Singgah stesen minyak Petronas isi miyak, sambil tunggu mak dia pergi toilet sat.. Sempat lagi mak dia beli Sandwich, lapar dah tu.. hehehe.. Pakat bagi seorang sikit.. Aku pun lapar juga sebenarnya.. hehehe..


Setel semua, kitorang pergi lunch kat kampung baru.. Makan nasi campur.. Sedap laa jugak.. Mak dia ada beli kuih sikit.. Tengok mengancam sangat kot..??heheheh..

Setel semua, diorang hantar aku balik.. Tapi singgah sekejap kat SPEEDMART, aku nak beli sabun basuh pinggan... Then baru hantar kat depan rumah aku...

Susah-susahkan diorang jer..

Walaupun kejap jer, aku rasa happy.. yeay...!!!!


  

0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys